Telemovie Review : Jodoh Tak Pernah Salah Alamat

By farhanna jafri - 08:01

Image result for jodoh tak salah alamat

Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Pelakon : Akim Ahmad, Raysha Rizrose, Sharifah Shahora, Adam Shah, Tunku Hanis
Genre : Comedy
Durasi tayangan : 1 jam 25 minit


Sabtu lepas kawan tag dekat FB post telemovie ni. Excited kemain nampak telemovie ni sebab ada Akim. Dah lama kot Akim tak berlakon. Ni kira comeback dia lah. Ada jugak nampak dia post dia shooting telemovie ni tapi at that time ingatkan shooting iklan ataupun MV baru sebab dia tak bagi hint pun untuk telemovie baru. Tup tup keluar telemovie ni. Yeayyyy! Tapi Sabtu lepas tengok tak habis pun sebab internet buat hal. Kenapa entah Unifi lately kejap ada kejap takde, line slow tak payah cakap lah. Malas call sebab nanti jawapan dia bagi suruh restart modem je. 

Sinopsis telemovie ni mengisahkan tentang Luqman yang dah bertahun tak mampu move on lagi dengan kisah cinta dia dengan Ariana yang tinggalkan dia sebab lelaki lain. Tak move on satu hal, mak dah bising nak menantu satu hal. Dalam dia kusut dengan kerja, perangai mak dia & kenangan Ariana, dia selalu terserempak dengan Diana Benjamin, awek US yang pindah ke Malaysia. Selalu bertengkar setiap kali terjumpa tapi Diana menghilang secara tiba-tiba. Dalam menunggu Diana untuk muncul kembali, Luqman jatuh hati dengan Rabiatul Adawiyah. 

Image result for jodoh tak salah alamat

Telemovie ni storyline dia santai je tak berat mana pun nak pulak jenis yang genre comedy macam JTSA ni. Penat gelak tengok gelagat mak Luqman ni. Walaupun idea mak ni cliche tapi tetap kelakar bila lakonan santai Sharifah Shahora ni menjadi. Nak pulak chemistry dia dengan Akim nampak cantik je onscreen. Gandingan mak-anak santai & bersahaja. Cuma part Adam Shah je macam lemah sikit. Lawak dia hambar tapi sebab screentime dia banyak dengan Akim so terlindung lah kehambaran dia. 

Eh siapa penulis skrip telemovie ni? Cantik betul ayat dia guna tau. 

'Dalam mencintai jangan pilih untuk menjadi yang terbaik tapi jadilah yang paling ikhlas. Kerana apabila kita menjadi yang terbaik, kita akan berpura-pura. Tetapi apabila kita menjadi yang paling ikhlas, kita akan mengetahui erti sebenar bahagia'
Dari awal sampai habis memang best layan telemovie ni tapi banyak jugak part flashback dia. Lagi satu hal part Luqman tengok scene accident tu tak faham apa motif director buat scene lama dekat situ kalau takde effect langsung dekat Luqman & Diana. Ingatkan Luqman nak terkejut tengok Diana ke apa tapi dia blah & insaf je. Kalau betul dia menyesal selalu gaduh dengan Diana sampai tahap insaf, boleh je dia tolong sampai ke hospital. Scene tu kalau nak portray betapa insafnya Luqman sebab buat perangai macam tak sampai je. Bazir screentime. 


Manusia paling kesian dalam telemovie ni band yang record lagu under Luqman tu. 9 kali record entah siap ke entah tidak single diorang. Asyik tertangguh sebab mak Luqman buat drama. Menangis di bucu katil la band tu kalau tak mampu siap sebelum dateline. Dalam JTSA ni banyak keluar lagu ciptaan Akim nak pulak dia ada nyanyi lagu Warkah Untukmu tapi version yang Akim nyanyi dulu lagi best la hihu. Ada lagu Sisaku sebagai soundtrack! Lagu ni entah kenapa Akim tak keluarkan padahal sama level best dengan Potret & Obses. 

Anyway, all in all this telemovie is entertaining and sesuai untuk semua level umur. Scriptwriting and lakonan semua cantik. Love it. A great comeback onscreen for Akim. Harap lepasni ada telemovie Akim berlakon dengan Stacy pulak hihu. Cun jugak kalau si Beyya berlakon sekali. Okay dah jauh pergi, nah rating. Siapa belum tengok lagi, cari je dekat youtube. Worth to watch

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Ciktie tak tengok lagi cerita ni..dua tiga menjak ni xsempat nak tengok tv

    ReplyDelete
  2. Macam best! nanti nak tengok lah! paling best qoute tuu.. :) Thank you sharing..

    ReplyDelete
  3. suka gila tgk Raysha Rizrose berlakon

    ReplyDelete
  4. Tak sempat nak tengok. Hee. Tapi ramai cm eksited bila akim berlakon hee. Sbb dia dh lama tak berlakon kan. Nanti nak tgk la dekat youtube atau website mana mana. Nak tengok ulangan dkt tv. Alamatnya idok la haha

    ReplyDelete
  5. cikyan tak tgk lg.. ramai review ckp best.. nk tgk jugak laaa...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)