Shopping Barang Dapur Di NSK Kota Damansara

By farhanna jafri - 06:08

Dulu dekat Kota Damansara ada Aeon tapi sekarang dah kena ganti dengan NSK dah. Jarang sebenarnya pergi Aeon ni sebab harga tak lah murah sangat kalau nak compare dengan Giant belakang rumah tu. Saja je nak menyinggah haritu sekali dah kosong dah rupanya. Beria pak guard tu suruh kitorang keluar balik. Tengok dekat kon tu dia bagitau NSK start 10 Jan 2018. Excited jugak masa baca tu sebab NSK ni jual bahan mentah fresh & murah. 

Finally baru semalam dapat pergi NSK sebab gaji dah masuk. Ngam pulak barang dapur dah habis. Memang borong sakan lah semalam. Nak pulak banyak betul promosi memang tak pandang belakang dah terus grab je barang masuk troli. Nasib tak pergi dengan partner, kalau tak dah ada dah adegan letak balik dekat shelf. 

K tak, tipu je. Dia jenis tengok barang lepastu tanya perlu ataupun tak. I pulak jenis suka beli untuk simpanan akan datang lepastu mereput lepastu rumah bersepah dengan barang mungkin atau tak mungkin pakai. Lepastu menyesal sendiri. Sama lah dengan kejadian malam semalam. Dengan jayanya penuhkan satu troli bersamaan penuhkan bonet kereta dengan groceries. Disebabkan ramai sangat orang semalam, ada barang yang terambil dua kali tapi malas nak patah balik sebab malas nak bersesak so bayar je lah. Tapi sebab barang murah lah. 2 hengget lebih je. Kalau atas 5 hengget dah letak balik dah. 


Besar jugak lah NSK dekat Kota Damansara ni. Memang sesak sangat malam semalam. Nak beli minyak masak pun tak sempat. Dah habis licin dah. Ayam pun berapa kali entah restock. Setengah jam jugak lah tunggu nak minta dia potongkan ayam, sudahnya ambil je yang timbang. Itu pun lama jugak nak tunggu dia timbang. Sampai dah bercekak pinggang dah semalam tapi sebab dah alang-alang datang so tunggu jugak lah. 3 jam jugak lah mereput dalam NSK tu cari barang tapi satu barang je tak jumpa dekat sana which is Top liquid laundry detergent. Semua serbuk je. Tapi tak tau lah kalau lepasni ada dekat shelf sebab semalam pergi pun diorang tak habis load barang lagi.

Yang bestnya dekat NSK ni tak payah tunggu lama sebab kaunter bayaran dia bersepah. Paling sakit nak tunggu pun 2 orang je dekat depan. Cuma kaunter dia takde conveyor belt lah. Nak kena tolak sendiri barang semua but nvm lah. Small matter je haha. Ambil barang banyak macam semalam pun chill je sebab tak cecah 300 pun. Kalau dekat Giant ambil barang clearance pun dah nak cecah 300 dah. Disebabkan murah terus kucar-kacir pergi buat kad ahli NSK. 

Bila dah bahagia dapat beli barang banyak dengan harga murah memang indah je rasa tapi ada satu benda kitorang lupa. 

Peti ais kat rumah tak muat. 

T.T

Bak kata dia semalam, aduiiiii. 

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Kalau tempat murah memang syok la membeli :)

    ReplyDelete
  2. Baru buka memang ada yang tak ada. Kat sini pun ada NSK tetapi tak dapat bertahan lama.

    ReplyDelete
  3. area umah cikla takde NSK ni. paling dekat pun kt klang nun. tp mmg dgr org ckp brg kt ni murah jugak.

    ReplyDelete
  4. BEST OII KALAU DPT SHOPPING.. CIKYAN SUKA !

    ReplyDelete
  5. rasanya Penang mmg xde NSK :( tesco famous la sini

    ReplyDelete
  6. nsk ni mmg best kalu beli brg secara borong. kami ke sini time nk puasa. beli brg byk2 utk sahur dan berbuka. hari biasa, sama ada JJ atau giant.

    ReplyDelete
  7. Area kl ni tak banyak NSK, harga murah murah jugak rupanyaa :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)