Tuesday, 9 January 2018

Realiti Peminta Sedekah Di Malaysia

Minggu ni terbaca status FB Syed Azmi tentang kisah dia bantu keluarga miskin tapi amboi demand kemain sangat beli baju 8 helai sampai RM500 siap persoalkan keikhlasan Syed. Bila baca komen terjumpa komen peminta sedekah yang demand padahal yang memberi sedekah tu pun tak mampu. 

So I update my Twitter status tentang cerita ni since I sendiri pun selalu je terjumpa peminta sedekah yang sihat walafiat elok tubuh badan, otak pun cerdas je paksa bagi sedekah. Yang ikut sampai pergi kereta sampai halang kereta pun ada tau. Its appalling to watch them minta duit orang sana sini padahal kita bekerja setiap hari dari pagi sampai malam, full time and do some part-time and freelance work untuk sara hidup tapi yang beggars ni suka hati je datang minta duit kita. 




And when I post it, tak sangka viral. Tak kisah part viral tu cuma terkejut baca cerita memasing yang lagi dashat pasal pengalaman diorang dengan peminta sedekah. Ada yang bagi RM5 tapi beggars tu campak balik duit tu sebab nilai kecil je. Ada yang sampai tunggu depan rumah sebab nak duit. Ada yang maki & perli sebab bagi sikit je. Here I share some of their stories :



























Banyak lagi cerita diorang ni tapi lebih kurang sama je dengan yang I share dekat sini. Bila baca makin bertambah sakit hati dengan yang suka meminta-minta padahal sihat tubuh badan. Memang ada peminta sedekah yang betul-betul perlukan duit tapi kita ada JKM, Zakat & banyak NGOs yang boleh bantu. 

Harap lepasni kerajaan akan ban peminta sedekah terutamanya di kawasan bandar macam negeri Melaka buat sebab makin lama makin ramai & makin agresif. Belum lagi yang sindiket sebab diorang tahu rakyat Malaysia ni pemurah sangat. Buat muka kesian sikit dah hulur. I know bersedekah amalan mulia dapat pahala and such tapi my point here is sikap meminta-minta sedangkan mampu untuk berusaha.

Bak kata diorang ni, kalau nak bersedekah pergi ke saluran yang betul. Bersedekah masuk tabung masjid, rumah anak yatim dan orang yang betul-betul memerlukan. At least kita tahu and yakin duit kita memang diorang guna untuk benda elok. Bila kita bersedekah dekat peminta sedekah ni kita tak tahu dia guna untuk apa. Plus, secara tak langsung kita dah sokong perbuatan dia meminta-minta tanpa susah payah bekerja. 

Harap lepasni makin ramai yang berhati-hati since most of them dah berani bertindak agresif. Kalau ada yang melampau tu, buat je police report. Be safe people!

8 comments:

  1. Itulah zaman sekarang ramai yang berpura pura, menipu demi keuntungan yang cepat.. Kelemahan orang kita ialah cepat kesian.. Terlalu mudah percaya. Husniey pun tak terlepas, cepat kesian dengan orang.. Yang kes haritu di TBS tu pun agak keterlaluan (digunakan bayi yang oku bekepala besar untuk raih keuntungan)

    ReplyDelete
  2. Betul..kdg serba salah nak bagi sedekah kat peminta sedekah ni..tgk sihat walafiat..tak keja ke?susah nk dpt keja ke atau tak ada kelulusan..Kdg tu, atas sifat kemanusiaan, bagi je la..tapi tak byk..mana yg mampu je...

    ReplyDelete
  3. isu ni hot. mmg kdg2 jd takut nak bg duit kat peminta sedekah, tapi sbb mcm ni laa.. kdg2 agen pon ada. nak beri, takut tak dpt duit tu pd saluran yg betul. tak beri, kesian.. lastly, kalau beri pun, niat jela supaya Allah melihat ape yg kita buat. tp siyes, kdg konpius. huhu

    ReplyDelete
  4. yang ni memang banyak, kadang tak bagi rasa serba salah, tapi setakat ni, tak ada lagi yang ambik terus campak, semua terima apa adanya, dan IQ bagi dekat yang ada effort jual something, kalau tak ada jual, you can see my hand only. hehehe

    ReplyDelete
  5. Pernah sekali terkena. Dia mintak nak minum. Kita ni kesian la kebetulan dekat gerai tepi jalan. Suruh pilih nk air yang mana, boleh dia demand tak nak air kat gerai tu nak air milo kat restoran. Kite ni baru niat nak belanja terus tak jadi sebab demand lebih sangat.

    ReplyDelete
  6. Serba salah nak bg ke tak.....
    Kalau dah pakai baju kemas tak mcm pengemis, abaikan saja ..
    Drpd bg duit, better bagi makanan sikit ... kalau dorg cakap itu ini lagi nak mengeluh, hurmmmm better tak perlu bg langsung....

    ReplyDelete
  7. betol tu serba salah nak bagi.. kadang2 kena timing kita pun tengah memerlukan. tapi hati rasa nak bagi tang situlaaa mula nak berkira. haaih sebenarnya x kisah nak bagi sebab kita pun bagi apa adanya.. bila depa merungut tu yang lagi krik krik.. sabar sajalah..

    ReplyDelete
  8. Memang makin sakit dah rakyat sekarang nie.. Cuma nampak jalan mudah je.. Serious lah.. Selalu risau, bukan risau apa.. Risau diorang agresif sebab kita tak bagi duit.. Setakat mulut menyumpah tahan lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...