Wednesday, 24 January 2018

Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com


Sebelum ni dah pernah buat Azam 2018 untuk contest lain so kita copy paste je azam tu masuk contest ni. 

Azam 2018

1. Naikkan PV blog sampai 5k sebulan. Followers & rakan blog pun bertambah. Dapat job dari mana-mana product/company.

PV blog ni masih lagi sama macam sebelum ni belum tunjukkan perubahan lagi setakat ni tapi untuk followers & rakan blog memang dah bertambah. Terima kasih kepada yang masukkan dalam bloglist. Tengah gigih berusaha nak masuk dalam 20 bloglist tahun ni. So far baru 10, nak cari lagi 10 blog lagi supaya azam tercapai. 

2. Ada saving RM5k dalam bank.

Dah start dari awal tahun tapi baru puluh je. Susah betul nak naik ke ratus. Ribu apatah lagi. Ada lagi payment yang belum dapat. Lama betul tertangguh. 

3. Pergi travel dalam atau luar negara. 

Ikutkan perancangan nak ke Pulau Kapas ataupun area Terengganu tapi rasanya mungkin area bulan 3 sebab sekarang tengah musim hujan. Banjir pun belum surut lagi. Tak sabar nak makan udang celup tepung dekat sana. Lagi satu tempat, nak menjejak ke Cameron Highland. Dah lama nak ke sana, nak makan strawberry fresh. 

4. Excel in gardening & cooking

Tengah tunggu bendi dengan tomato naik dengan jayanya. Dalam perancangan nak tanam salad sebab dah 2 kali gagal. Memasak pun nak master yang senang je dulu. Nanti dah pandai, ada duit lebih baru kita masak secara meriah. Nak beli pressure cooker nanti baru happy nak masak. 

5. Start menjahit

Yang ni tak start lagi walaupun dah ada mesin jahit. Bila nak jumpa masa yang sesuai entah. Harapnya ada la satu hasil daripada azam ni. Kalau tak ada jugak, bawa ke tahun depan lah jawabnya. 

7 comments:

  1. good luck! perghh 5K..DAHSAT TU

    ReplyDelete
  2. Goodluck awak :) Semoga semua azam awak tercapai tahun ni.
    https://ikashoid.blogspot.my/2018/01/giveaway-azam-baru-2018-by.html

    ReplyDelete
  3. Hai Farhana..semoga tercapai azam tahun ni. Tahun ni kami dah plan pi Cameron bulan April, meh pi sesama :)

    ReplyDelete
  4. Semoga semua azam tercapai ye..nak kumpul 5k dlm akaun tu mesti penuh dgn disiplin, kalau masuk mall nak beli minyak masak je tapi bila keluar satu troli penuh mmg tak dpt kumpul lah haha! good luck utk azam 2018.

    P/s: Thanks sudi join GA ni, semoga berjaya nanti!

    ReplyDelete
  5. gud luck untuk azam tahun ini
    jemput baca sha punya azam juga hee
    http://www.opzzpinky.my/2018/01/giveaway-azam-baru-2018-by.html

    ReplyDelete
  6. singgah sini dari giveaway yang sama. semoga dipermudahkan segala urusan untuk mencapai azam tahun ni ye :D jemput singgah blog azah pula. hehe :) www.azahrahaman.com

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...