Wedding Aima & Ninie

By farhanna jafri - 23:15

Sekarang dah masuk musim orang kahwin ni rasa nak throwback wedding ceremony dua kawan sekolah BTS dulu. Since balik dari Sabah, masuk zaman kampus membawak ke zaman kerja, belum pernah lagi jumpa kawan sekelas. Kawan dari sekolah rendah pun baru sorang dua yang jumpa itupun kebetulan satu kampus dekat UiTM Segamat.

26 September 2017 wedding reception for one of my besties dekat Semenyih. Kahwin dengan polis haruslah jalan bawah pedang tapi sebab sampai lambat memang tak sempat nak tengok lah cerita dia. Dah sampai lambat satu hal, makanan pun dah nak habis. Beria makan laju-laju sebab nak kek red velvet tapi budak-budak dah habiskan. Yang geramnya tu bila ambik sendiri memang beria lah ambik banyak sudahnya makan ada lah dalam dua tiga suap. Why kids whyyyy T.T

Untuk sedapkan hati Ayat yang tengah lara kek red velvet dah habis, I said

'Tak sedap lah tu sebab tu diorang tinggal je'

Masa tu plan lepas makan, ambil gambar then balik lah sebab rimas jugak nak lepak dekat majlis kahwin ni. Bising. Nak gosip pun tak best tapi nak tunggu turn ambik gambar tu ya tuhannnn sempat lah habis dua kitab kitorang bergossip. Serious memang lama gila. I guess dalam 2 jam tunggu situ. But that's okay lah because we're waiting for other friends as well to arrive.

Ngam semua dah sampai baru dapat turn nak bergambar itupun kena cepat sebab ramai lagi kat belakang tengah beratur. Gambar cantik ke tak main hentam je asalkan ada.

Solemnization



Sama lah masa wedding Ninie dengan Eijat Sabtu lepas dekat Shah Alam. Nak bergambar dengan pengantin lama kemain tunggu. Dari pukul 8 sampai pukul 10 melepak sambil tunggu kawan-kawan yang lain sampai. But I'm glad at these two occasion, I can gathered with some of my old memories, laughing, selfies, gossiping. Tapi tu lah jumpa kejap je lah. Nak jumpa balik entah bila entah. Beria plan nak lepak sekali lah sudahnya krik krik je.




Bersyukur jugak ada rezeki dapat pergi dua majlis ni sebab dapat jumpa kawan lama yang susah sangat nak jumpa - Ainatul & Anis. Satu group whatsapp tapi nak jumpa busy kalah YB. Harap lepasni dapat jumpa the rest of them. Senior pun tak pernah jumpa lagi. Ni baru kawan kelas sendiri, kawan kelas-kelas lain belum jumpa lagi. And the list goes onnnnnn.......

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

Terima kasih sudi komen :)