Tisu Najis Panda

By farhanna jafri - 18:37

Najis panda dijadikan tisu, syarikat China buat untung

Tisu Panda Poo dihasilkan oleh The Qianwei Sengseheng Paper Company di negara China yang diperbuat daripada najis panda. Yewwww 

Hasil usahasama syarikat The Qianwei Sengseheng Paper Company dan China Conservation & Research Center mengitar semula najis panda untuk dijadikan tisu sebagai kegunaan di tandas, dapur, napkin dan pelbagai lagi produk kegunaan rumah. 

Menurut The Qianwei Sengseheng Paper Company, najis panda seberat 10kg sehari kaya dengan fiber hasil dari tabiat pemakanan panda iaitu memakan buluh. Tambahan pula, sisa ludahan panda sebanyak 50kg semasa memakan buluh turut dicampur bersama najisnya. 

Untuk penghasilan tisu najis panda, najis panda akan dikumpul dari 3 ekor panda di wilayah Sichuan setiap minggu dan akan direbus, dipasteur untuk dijadikan tisu. Kemudian diuji sama ada mengandungi bakteria dan selamat digunakan oleh pengguna. Tisu najis panda ini akan dijual RM26.60 sekotak tapi tak pasti pula untuk berapa helai tisu. 

Will you guys buy this tissue or disgusted with its ingredients? :P

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Memang tak kan beli punya.. Kikikiki

    ReplyDelete
  2. haha sorry tak sanggup nak guna..lap muka, lap mulut..T__T

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)