#ThrowbackThursday : Muka Rosak Sebab Local Product

Thursday 14 December 2017

Muka flawless ni memang impian semua gegadis tapi muka bila dah rosak sebab local product memang buat menangis. Around tahun 2015 rasanya masa tu housemate memang ramai sangat pakai skincare set N****N. Dah bagi hint pandai lah teka sendiri kang kena saman pulak. Dah lah muka buruk, miskin pulak tu memang cari pasal kalau kena saman. T.T

Sebelum ni pakai banyak jugak pakai drugstore product tapi banyak yang tak ada effect pun. Macam sama je tak ada perubahan pun. Dah fedup dengan drugstore product, try pakai sabun beras pun sama jugak. Tak jalan jugak. Lepastu pakai sabun madu pun sama lah. Tak ada beza pun. 

Tahun 2013
Masuk zaman study dekat UiTM mula lah naik jerawat tu. Bila tengok muka housemate kemain flawless berseri je, dari sorang yang pakai membawak ke dua lepastu tiga lepastu mula la rasa nak join sekaki.Awal tu beli sabun je dulu. Masa pakai okay je, dua tiga hari dah nampak jerawat kurang. Lepastu beli satu set, toner krim siang dengan krim malam. Seminggu je pakai dah nampak kurang banyak. Masa tu selfie memang berbakul baq hanggg. Instagram pun kemain haa update selfie bersepah. Nak makan selfie, nak solat selfie, bersiap selfie, pergi kelas selfie, dalam kelas selfie wei asal boleh merata alam pi bantai selfie. Muka tengah segak khennn. Dia punya happy tu sampai nak update dekat blog promote produk tu. Tapi tak sempat hahaha.


Masuk sebulan dua cun, tiga bulan cun lagi, lepastu dah start dah naik jerawat. Dahi pun dah start menggelupas. Awal tu ingatkan sebab stress dengan final so buat bodoh je lah. Pakai je macam biasa. Actually dari awal beli sabun lagi dah pedih dah pakai tapi sebab orang kata nak buang segala kimia drugstore product dalam kulit muka memang seksa sikit. Masa tu punya lah benak memang tabah je tahan pedih. 
Dah start bersepah jerawat.
Bila dah start naik jerawat bernanah, beli serum dia sebab diorang kata kesan dia lagi bagus dari night cream. Pakai la serum dia yang wangi tu. Sama jugak, pedih jugak. Bila dah tak tahan terus stop pakai. Sebab bila kena panas, muka memang pedih sangat. Tak sure lah merah menyala ke tak muka masa tu tapi yang penting memang pedih sampai nak berjalan pun kena lindung muka dengan buku ataupun fail. Pedih!

Masa tu tengah final, keluar rumah pun jarang kecuali pergi makan ataupun pergi exam. Muka breakout pun tak ambil pusing sangat sebab dalam kepala penuh dengan final je. Bila dah habis final, otw balik kampung singgah kejap dekat R&R nak solat. Lepas habis solat, bersiap pakai tudung terkejut tengok muka sendiri. Penuh dengan jerawat, segala jerawat ada. Jerawat pasir, jerawat batu, jerawat bernanah penuh dekat muka sampai dalam hidung pun ada wei amboi sangat. Nak menangis tengok muka sendiri macam tu tapi fikir ni semua sebab stress dengan final. Ni dah habis final surut lah nanti tu. 

TAPI TAK PUNNNNN!

2 bulan dekat rumah stop guna produk tu dah. Jerawat dah berkurang tapi still banyak lagi jerawat. Sedih betul tengok muka sendiri. Berkurung je dalam rumah sebab muka buruk. Murung jadinya. 

Lama jugak nak elokkan balik muka. Sampai sekarang pun belum okay lagi. Sekarang ni guna skincare Nutox je, dah setahun pakai okay lah tak pedih, jerawat pun tak mencanak macam dulu. Kalau nak period ataupun stress je baru naik. 

Sekarang ni amalkan cuci muka dengan makeup remover, spray dengan thermal spring water sebab office ada air-cond & pakai sunblock. Kalau jerawat naik banyak sangat, guna Vaseline sebagai masker ataupun scrub beras kunyit. 3 hari sekali exfoliate dengan St Ives. Nak compare dulu dengan sekarang, okay lah syukur sebab tak teruk sangat. Nak jumpa dengan orang pun tak segan sangat. 


Sekarang tinggal nak buang lemak dengan double chin je so kita masukkan dalam Azam 2018 nanti! 

19 comments

  1. flawless dh sekarang.. kak liez punya muka biasa je..takut nak guna product dansatu lagi kak liez jenis..nak cepat je resultnya hihihi

    ReplyDelete
  2. Mungkin tak serasi...tak apa...sekarang kalau dah sesuai dgn apa yang digunakan..teruskan...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah nampak dah ok tu. kecantikan kulit ni banyak aspek. selain dari pencuci kulit wajah, kena juga amalkan cukup minum air kosong & amalkan pemakanan yg sihat. jerawat juga mudah naik kalau suka makan makanan manis & kaya lemak.

    ReplyDelete
  4. @zaleha awaluddin : Dari dulu minum air minimum 2 liter sehari & kurang makan manis.

    ReplyDelete
  5. Yelah kan Farhana.... Allah ciptakan berbeza beza dugaannya. Ada org diduga jerawat, ada org lain pulak. Alhamdulillah hakak tak pernah naik jerawat yg banyak. Adalah seketul dua zaman anak dara dulu....

    Aduhhh...sejak dah Isyak ni, lembab betul nak teka silang kata cenggitu haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha maybe sebab tak familiar kot dengan sabun oren tu.

      Delete
  6. Kak ana bab2 produk kecantikkan ni mmg kak ana jaga sungguh. So far kalau ok kak ana stick pada tu je. Skrg pembersih muka pakai himalaya dan sesekali scrub st ives tu. Than sapu jel aloe vera. Selesai. Jerawat dah tua2 ni semakin berkurang. Heeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Harap nanti makin berkurang lah. Ni makin bertambah umur makin bersepah pulak dia menternak huhu

      Delete
  7. Husniey pun macam kurang sesuai pakai produk tempatan.. 😂
    Banyak yang tak serasi

    ReplyDelete
  8. alamak.. produk apelah agaknye tu yek... risau jugak... adehh..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. im happy that u're face is much better now.

    ReplyDelete
  10. Memang bahaya guna local produk yang tiada R&D ni. risiko muka rosak teruk

    ReplyDelete
  11. Sama la..azam nak buang double chin sebab suka minum manis2. Tapi dah masuk hari keenam azam tetap ke laut..haha..Eh, vaseline boleh buat masker ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sama lah kita sis! Boleh je, tapi dia berminyak sikit lah hihu

      Delete
  12. alahaii sis oiii🌷 samalah kita haa. lisa pun ada buat entry pasal ni jugak. tapi Lisa tak pasti la jerawat tetiba naik sbb lisa pakai local product or sbb hormon ke ape. sekarang Lisa berani pakai safi ajaa. suci gitu. haha alhamdulillah dah ok jerawat. cuma parut je susah nak hilang. huhu. btw jemput baca entry Lisa yang baru 💕 http://abeautybutabeast.blogspot.my/2018/01/mak-aih-macam-mana-tak-tergoda-dengan.html

    ReplyDelete
  13. Isy takutnya..mesti down masa tu kan :(

    ReplyDelete
  14. what brand do you used? can you share with us?

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.