Stokin Bawang

By farhanna jafri - 19:08

This story happened back when I study for my Degree at Segamat. 

So apparently masa tengah scroll down dekat FB ternampak satu petua diorang share. Idk what driven me to do it but yeah I did. Maybe sebab senang sangat kot kaedahnya. Letak bawang dekat kaki dalam stokin lepastu bangun pagi esok dah segar bugar. Begitu lah kot gayanya sebab according to that petua lah kan, bawang boleh kurangkan tahap toksik dalam badan since masa tu badan rasa lemau sangat apa salah nak cuba ye dak?

Jangan sebut pasal detox patch because I don't see any difference at all. Rasa macam kena tipu je bila tempek benda tu dekat kaki. Memang lah berlendir tapi dah kalau terkepam dekat kaki berpeluh bagai memang basah lah benda tu. I mean, logically lah. Tak tahu lah kalau yang pakai selama ni memang mujarab betul bila bangun terus berseri muka macam dalam iklan tu because I'm not. 

Related image

So disebabkan senang je petua nak buang toksik dalam badan tu yang katanya mujarab dan berkesan tu, I belah lah bawang tu pastu masukkan dalam stokin and place it nicely dekat tapak kaki tapi dia punya hazabedah kemain semerbak satu bilik haaaa. Tapi yang paling tak boleh blah sekali, habis mata berair wei. Yang paling teruk jadi mangsa haruslah roommate sebab position katil dia dekat kaki iolls. Kiranya kepala menghadap kaki. Jap bagi illustration bergambar lol


Yang katil hijau tu katil roomate. Kaki memang cantik kena mata dia so malam tu memang dia tidur dalam tangisan lah cerita dia. Iolls happy je tidur mengenangkan esok bangun pagi dengan badan bermaya muka berseri gittew. Pagi esok bangun sama je macam biasa tapi mata roommate dah macam apa dah. 

Since then, dalam bilik tu dah wujud rules jangan bawak masuk bawang dah dalam bilik hihu. Sekarang ni bila nampak orang share petua ni dekat FB mesti teringat kes ni. Sorry Izi :P

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. It really works dear. Tiapkali kalau anak akak demam memang akak akan letak bawang bawah tapak kaki pastu pakai stokin. Buang angin dari badan.

    ReplyDelete
  2. Hana singgah balas kunjungan,follow sini skali! :D
    Nice sharing btw =)

    ReplyDelete
  3. Hahahaha 😂😂😂
    kesian kat rumah tu. harap dia pun tumpang segar jgk esokkannya

    ReplyDelete
  4. Boleh bayangkan semerbak harum bau bawang tuu.. 😂😂😋

    ReplyDelete
  5. Oh, GV pernah dengar juga petua ini tapi tak pernah try. huhu. Degree kat segamat? UiTM Segamat ke kak. huhu.

    ReplyDelete
  6. Macam menarik untuk dicuba.. hehehe.. Sian roomate..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)