Wednesday, 6 December 2017

Movie Review : Simran

Image result for movie poster simran

Director : Hansal Mehta
Cast : Kangana Ranaut, Hiten Kumar, Kishori Shahane, Sohum Shah
Genre : Comedy Drama
Running Time :
Trailer :


Simran mengisahkan tentang Praful Patel (Kangana Ranaut) yang bekerja sebagai housekeeper di sebuah hotel di Atlanta & menyimpan duit untuk beli rumah tapi sayangnya dia dah gunakan duit simpanan dia untuk berjudi di Las Vegas. Well first time dia berjudi di LV, dia menang USD 2,000 so dia macam tak puas hati kenapa second time dan seterusnya dia kalah sampai lah dia guna duit simpanan & dia pergi lagi sekali guna duit advance personal loan dia USD 8,000. Bila semua duit dia dah habis, dia buat pulak pinjaman dengan ahlong USD 32,0000 dengan harapan boleh menang tapi sayangnya kalah jugak. Since then, dia lari balik ke Atlanta & cari jalan macam mana nak beli rumah dengan semua duit yang dah hangus. Loan dia kena reject sebab dia dah gunakan advance money yang bank bagi, rumah yang dia nak dah ada yang beli, dia tak ada duit, kena gantung kerja sebab ahlong tu buat kacau dekat hotel, parents dia mengamuk teruk so basicaly she lives in chaos.

Related image

Yang bestnya movie ni dia memang berpijak di dunia nyata lah sebab based on a true story. Bila tengok movie ni rasa serabut sekali sebab dia memang terperangkap dalam masalah yang sangat sangat sangat susah nak keluar. Walaupun apa yang dia buat tu salah tapi what's done is done. Tak boleh nak buat apa dah, follow the flow je throughout this movie. Cuma tak tahu lah part Sameer, bakal suami Praful tu betul wujud ke tak sebab kewujudan dia macam too filmy. Too good to be true. Mungkin tambahan je kot untuk nampak ala Bollywood. 

Walaupun movie ni slow pace sikit sebab genre drama tapi okay lah nak layan since Kangana memang power berlakon. Cumanya dalam trailer nampak macam movie ni ke arah kehidupan macam dalam movie Queen but its not. Second half dia dah twist teruk sampai dah tak nampak original pace dia macam mana. Expectation tu terpeleot dah orang kata. Kalau yang dah pernah tengok movie Queen and harapkan Simran ni movie yang sama, I tell you guys it is not.

Visual memang nice tapi audio dia biasa je. Tak ada pun lagu dia yang worthy sangat. Cuma masuk untuk nampak movie tu ceria je. Itu pun kejap je lah. Sebab everytime dia happy kejap lagi ada la masalah datang. Lewlz.

Related image

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 5.5/10

4 comments:

  1. i love it when it's based on true story. this kind of movie inspires me a lot.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda telah terpilih sebagai salah seorang pemenang SPM Fever Giveaway! Untuk makluman lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2017/12/senarai-pemenang-spm-fever-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. boleh cari movie ni nanti.

    salam singgah. tahniah menang giveaway ya

    ReplyDelete
  4. nak sangat tengok filem ni sebab Kangana dan sebab based on true story.. :)

    ...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...