Movie Review : Mubarakan

By farhanna jafri - 02:37

Image result for mubarakan review

Director : 
Cast : Anil Kapoor, Arjun Kapoor, Ileana D’Cruz, Athiya Shetty, Ratna Pathak Shah, Pavan Malhotra, Neha Sharma
Genre : Anees Bazmee
Running Time : 2 hours 36 minutes
Trailer :


Based on genre movie ni memang jenis movie santai je lah sebab genre movie ni masala je so kalau story tak logik and melalut pun tak payah ambik port sangat. Dia buat cerita asal boleh je asalkan scene semua kelakar. Ni kali kedua Arjun Kapoor berlakon dua watak dalam satu movie. Movie first, debut movie dia, Aurangzebb. Tapi movie tu watak serius, kali ni watak komedi. Seorang jenis nakal, seorang lagi pendiam pemalu.

Image result for mubarakan review

Mubarakan mengisahkan tentang dua beradik kembar yang dijaga dari kecil oleh pakcik dan makcik mereka. Pakcik ambik seorang, makcik ambik seorang sebab parents kembar ni dah meninggal dalam accident. Bila dah besar, dah masanya untuk kahwinkan dengan pilihan pakcik makcik diorang tapi si kembar masing-masing dah ada pilihan hati masing-masing. So diorang mintak tolong dengan pakcik bongsu diorang, Anil Kapoor tapi makin dia tolong makin bertambah teruk keadaan sampai masing-masing rasa nak lari je dari rumah. Makin serabut bila awek masing-masing mula mendesak, pakcik makcik pun bergaduh sebab perkahwinan si kembar ni. 

Dalam movie ni walaupun Arjun Kapoor hero sebenar tapi dengan lakonan Anil Kapoor, nampak dia yang conquer movie ni lagipun Anil memang dah terkenal dengan lakonan dia dalam movie masala macam franchise Welcome, movie2 komedi arahan David Dhawan & movie2 komedi Anees Bazmee sendiri. Sayang lah bila Arjun tak mampu nak berdiri sama tinggi dengan Anil sedangkan screentime dia banyak dalam movie ni. 

Image result for mubarakan review

Mubarakan ni tipikal movie masala je sebab sama storyline dengan movie franchise Housefull 1, 2 dengan 3, Welcome Back andother masala comedy movie so benda serabut tu pun macam dah biasa cuma cara solve tu je lah berbeza. Tapi kalau banyak sangat pun kita pun rasa bosan nak tengok kan?

First half movie ni memang best sampai penat nak gelak tapi masuk second half dah start macam terlampau banyak sangat scene kelakar sampai tepu but still okay je nak layan and bila dah stuck dengan diorang dalam serabut tu mesti nak tahu jugak macam mana diorang nak selesaikan masalah diorang tu. Dalam movie ni punya lah ramai pelakon sampai ada yang masuk untuk bagi cantik je macam Athiya Shetty dengan Neha Sharma. Tapi rasanya Athiya tu team Mubarakan saja bagi kurang dialogue sebab dia kerap sangat gagap masa shooting. Nak buang anak Suniel Shetty so terpaksa lah masukkan jugak. Hihu starkid. 

Image result for mubarakan athiya

Lagu dalam movie ni pun not bad sebab banyak beat catchy sebab keluarga Punjabi so lagu pun meriah kemain. Nak pulak lagu masa majlis pertunangan si kembar. Lagu remake Hawa Hawa bila diberi nafas baru rap and remix jadi best pulak lagi best dari original tahun 1980. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 6/10

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. mcm menarik but not to the extent that i want to watch it.

    ReplyDelete
  2. Peminat filem Hindustan mesti tak akan lepaskan peluang tonton filem ini..
    Bezanya cerita ini kelakar, macam best pulak layan citer santai..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)