Tuesday, 12 December 2017

Movie Review : Bisik Pada Langit


Pengarah : Kabir Bhatia
Pelakon : Jalil Hamid, Umi Nazeera, Beto Kushairy, Naim Daniel
Genre : Drama
Trailer :


Agak lambat jugak tengok movie melodrama paling syahdu tahun ni - you guys put that label for this movie while for me movie ni banyak loophole dia but its still good to watch since movie Melayu tak banyak pun yang berkualiti. Mungkin kita tengok movie ni dari sudut berbeza well setiap orang ada sudut perspektif dia tersendiri and mesej yang kita dapat might be different from others. 

Kecewa jugak bila riuh bercakap pasal movie ni boleh habis tisu sekotak lap air mata, kalau tengok dekat poster tu haa kemain hashtag tapi dari awal sampai habis tak jumpa scene yang boleh buat menangis cuma kesian sangat tengok Iqram dengan Zaidi. Anak-anak yang terabai oleh seorang ayah. WHY? I'm glad Hajar passed away sebab baru ayah dia nampak yang Zaidi & Iqram pun anak-anak dia.


Hajar is such a selfish character based on the story. Dia tahu ayah tak mampu tapi nak belajar oversea, dia tahu abang dia terpaksa berhenti belajar tanggung family tapi dia still nak pergi Australia walhal abang dia dah kata dekat Malaysia pun banyak lagi u bagus. Betul kata pakcik dia, ukur baju di badan sendiri, atap bocor pun tak terganti ada hati nak hantar anak ke oversea. Dalam rumah tu ada 4 tanggungan Ramli tapi kehendak Hajar jugak dia turutkan. Paling menyampah sekali, ayah dia pergi JB pun tak pernah tapi Hajar happy ride satu Aussie? Tak sure Hajar ni dapat full scholarship ataupun ayah dia kena tanggung because nobody mention it anyway. Kalau dapat full scholarship kenapa Hajar tak balik cuti sem? Kalau ayah yang tanggung mana dapat duit beli superbike? Kalau superbike sewa, maybe tu punca tayar pecah sebab low quality. Maintenance superbike pun boleh tahan jugak kan? 

Throughout the movie memang suka sangat dengan watak Iqram nak pulak bila dia ingatkan abang dia berapa banyak dah abang dia berkorban untuk keluarga dengan gaji kecil macam tu. Bila iqram ingatkan ayah dia betapa tinggi ayah dia angkat darjat Hajar dalam keluarga. Nampak dekat situ betapa gagalnya Ramli sebagai seorang bapa. Betapa ortodoksnya pemikiran Ramli bila Iqram dapat English terbaik tapi dia hancurkan harapan Iqram. Sudahnya jadi mekanik. Kalau Iqram dapat layanan macam Hajar, for sure dah boleh pergi jauh.


Ramli balik-balik sebut dia bukan saja-saja garang dengan Hajar tapi sebab nak menjaga tapi takde satu pun scene dalam movie tunjuk dia garang dengan Hajar except scene argue pasal motor. Tapi belum sampai tahap garang pun. Dia garang dengan Iqram je. Tapi tu bukan garang, tu pilih kasih. Tu kejam. Sorry I really hate Ramli for treating Zaidi & Iqram like they're nothing. Menyampah jugak tengok dia asyik marah dengan Wan tu sedangkan Wan yang tolong dari awal sampai jenazah sampai. Ramli ni ada pengalaman trauma dengan lelaki ke macam mana? Dashat sangat trust issues dia

Dialogue dia ada some part yang terjongket kening jugak macam 'Hajar selalu doakan ayah dengan mak, dari fajar, dhuha sampailah maghrib' I was like errr where's Isyak btw? 

Dalam video Hajar ada tunjuk laut dekat Aussie cantik tapi air keruh padahal dekat Tanjung Piai air cantik kemain. Jatuh cinta jugak dengan cinematoghraphy movie ni memang top-notch campur pulak dengan lagu Lygophobia karya Akim & Laq memang kena sangat sebagai soundtrack.


Part Beto kata Hajar accident sebab tayar pecah & bukan sebab laju padahal dia memang speed sampai Wan tu tertinggal jauh dekat belakang. Plus apa motif ride superbike kalau nak bawak sempoi? Baik naik basikal enjoy the view. Tapi VFX dia tak kemas sangat masa shot superbike Hajar pecah tu. But that's okay lah tak penting sangat pun.


Dekat ending scene tu Ramli ada kata kedatangan Hajar tu mengajar dia erti bersyukur tapi I rasa perginya Hajar tu buat dia bersyukur sebab dia dah nampak Zaidi & Iqram tu pun anak berguna? Sampai sekarang tak nampak kenapa movie ni Bisik Pada Langit. Lagi cantik kalau tajuk Hajar since movie ni tentang dia. 

Btw jauh beno Ramli bawak Hajar memancing sampai ke Tanjung Piai sana & lawak jugak bila phone 3310 Nokia legend tu ada rintone iphone siap boleh loudspeaker amboi. And oh, Beto sakit mata ke masa berlakon sebab scene dia balik dari jual kebun ayah dia tu mata dia berdarah?


Anyway, this is my rating for the movie 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline 0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing 0, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 6/10

For me, movie Bisik Pada Langit ni kalau buat cerekarama dah okay kot. Jauh dia pergi sampai ke layar perak padahal cerita dia biasa je. Ni ramai yang cakap Pinjamkan Hatiku ni best. Entah ye entah tidak diorang ni. 

6 comments:

  1. baru tengok cerita ni.. Sedih.. Sedar2 berlinang air mata..

    Salam kenal. Jemput follow.. Macy follow ya 😊

    ReplyDelete
  2. byk betul cerita best skrg. xtau dah tgk mana satu dulu

    ReplyDelete
  3. kannn x puas hati juga tgk ayah diorang pilih kasih dan lebihkan Hajar..kesian yg lain..

    ReplyDelete
  4. Memang kemurungan terus lepas tengok cerita ni.Tiba2 jadi anak mithali pulak.kahkahkah.

    ReplyDelete
  5. e'in tak tgk pun cite nie.. takut tertido pulak.. hihi

    ReplyDelete
  6. Tak tgk pun cerota nih.. Baca review ni cukup dh gambarkan filem nih mcm mne

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...