Mitos Tanda Warna Pada Produk

By farhanna jafri - 20:41

I've noticed ramai yang sebarkan tentang tanda warna pada produk yang kita gunakan seperti ubat gigi, pencuci muka, krim sapu dan lain-lain di media sosial kebelakangan ni. Dekat Whatsapp pun banyak walaupun dah ramai yang tahu perkara sebenar. 


Image result for tanda warna di belakang ubat gigi

MERAH: Bahan semula jadi + bahan kimia
BIRU: Bahan semula jadi + bahan ubatan
HIJAU: Bahan semula jadi sahaja
HITAM: Bahan kimia sahaja

1. Betul ataupun tidak tanda warna ni sebagai indicator kepada penggunaan bahan kimia dalam produk ni? 

Jawapannya, SALAH. Tanda warna ni cuma tanda warna kepada mesin yang proses semua produk ni. Ada mesin guna tanda warna hijau, ada yang hitam, ada yang biru so it is totally safe to use by consumers. 

2. Kenapa ada tanda warna ni?

Sebab mesin pemotong perlu tanda warna ni untuk tugas memotong, melipat, membentuk, mengapit dan sebagainya terhadap produk tersebut. Kalau tak ada tanda warna ni mungkin mesin akan keliru atau tak dapat kesan arahan yang diberikan. 

3. Kenapa ramai yang sebarkan fakta salah ni?

Sebab nak lariskan produk yang diorang jual. Bila guna teori ni ramai yang percaya sebab tak tahu penggunaan tanda warna di kilang proses produk. 


  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Thanks for sharing sis! salam Jumaat :D

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat berguna.. Thanks dear..

    ReplyDelete
  3. Ramai yg masih percaya pada tanda warna sedangkan ianya hanya tanda warna kepada mesin yg digunakan tu je.

    ReplyDelete
  4. Tengok jugak benda ni dekat twitter. Hmm, itulaa yg taktahu kebenaran pon main kongsi jeaa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)