Madu Tiruan Di Malaysia

By farhanna jafri - 23:13

Bulan lepas Berita Harian ada keluarkan artikel tentang madu tiruan di Malaysia, sebanyak 80% madu tiruan dijual di pasaran Malaysia sebenarnya. Nampak macam madu asli tapi tak ada sikit pun percentage madu dalam ingredients yang digunakan dalam penghasilan madu sintetik. Antara bahan yang digunakan ialah gula, kanji dan tepung jagung. Shocking? Well, I am.

Image result for madu tiruan  di malaysia berita harian


Disebabkan 3 bahan utama dalam pembuatan madu sintetik ni, banyak penyakit kronik boleh bahayakan kesihatan pengguna antaranya diabetes, kanser, heart disease and much more. 

fake-honey-thumbnail

Mengikut kajian dari MARDI keatas 5 jenis madu sintetik yang dijual di pasaran Malaysia menunjukkan madu yang dijual tiada langsung percentage penggunaan madu and of course tak ada langsung khasiat nutrisi kepada pengguna. 

Ada pesakit yang terlantar di hospital disebabkan diabetes lepas 6 tahun pengambilan madu kelulut sebanyak 2 kali sehari. Tak percaya dengan hasil keputusan doktor, dia minta pihak terlibat buat kajian and turns out dia sebenarnya minum madu tiruan. Sedih lepas 6 tahun baru tahu yang sebenarnya madu asli dia minum sebenarnya tiruan dan kaki pun bakal dipotong sebab diabetes walaupun dah berusaha amalkan pemakanan sihat. 

As consumer mana kita nak tahu bezakan madu asli & madu sintetik. Selama ni pun ingatkan madu yang di pasaran tu campuran madu asli. At least ada la campuran madu asli sebab harga affordable to buy rupanya bukan. Ikutkan akta, kesalahan menjual madu tiruan boleh didenda cecah RM20,000 atau dipenjarakan selama 5 tahun. So for those yang rasa tahu sesiapa yang suka jual madu tiruan boleh lapor kepada Pegawai Kesihatan Daerah ataupun Ketua Kesihatan Negeri. 

Image result for madu tiruan  di malaysia berita harian

Lepas baca artikel ni, dah taknak dah guna madu yang dijual sebab madu tiruan. Buang duit dan bahayakan kesihatan diri kalau guna. Kena cari penjual madu asli kalau nak beli madu. Kawan ambil madu dengan orang asli di Pahang tapi tak dapat nak pos sebab guna balang kaca berat. Sia-sia kalau pecah. Kalau ada yang tahu mana nak cari, boleh share dekat sini. Thanks :)

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. madu asli pun rasa was2 nak makan skrg.

    ReplyDelete
  2. Banyak betul sekarang berita tentang makanan tiruan, dari susu baby sekarang pula madu.. Pengguna kena berhati-hati.. Pihak yang berwajib pula diharap ambil tindakan serius sebab melibatkan kesihatan orang ramai.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)