Gegar Vaganza 4 - Separuh Akhir : Markah & Senarai Lagu Final

By farhanna jafri - 21:31

Image result for gegarvaganza 4

Dari 12 peserta sekarang dah tinggal 6 orang ke final Gegar Vaganza. Tahun ni final GV4 akan diadakan di Johor. Katanya tiket dah sold out untuk final dah sold out dah pun so kita yang bukan orang Johor ni tengok Live plus dekat Youtube je lah haha. Kalau buat dekat sini pun memang tak pergi pun sebab tak best macam dalam skrin. Lagipun sambil tengok GV sambil iron baju. Tu memang dah rutin wajib dah setiap malam Ahad ;P

Untuk persembahan malam tadi untuk round pertama masing-masing tunjuk kreativiti tapi tu lah like I said in previous post, kalau kreatif teknik nyanyian pulak kelaut. Syura, Firman, Lan & Aishah kena kritik teknik nyanyian diorang sebab ada part yang tak diorang mampu buat. Untuk round kedua, ramai jugak yang kena kritik maybe sebab dah nak final kan so juri nak try cari kesalahan masing-masing tapi tak heavy sangat pun sebab markah masing-masing agak tinggi jugak. Jarak antara diorang pun tak jauh kecuali Syura. Yup, she's out last night. 

1. Hazami: 70.55%
2. Aishah: 69.95%
3. Firman: 69.50%
4. Tia Jinbara: 69.35%
5. Liza Hanim: 68.85%
6. Lan: 66.40%
7. Syura: 58.10%

Terkejut semalam tengok Kak Liza Hanim duduk bottom 3 padahal persembahan dia bagus semalam. Nasib dia pergi final, harap final nanti dia tembak terus pergi top 3. She deserves to be there! 

Senarai lagu untuk final nanti :

1. Hazami - Bahagiamu Deritaku (Hafiz AF)
2. Aisyah - All By Myself ( Celine Dion)\
3. Firman - Drama King (Meet Uncle Hussein ft Black)
4. Tia Jinbara - Smells Like Teen Spirit (Nirvana)
5. Liza Hanim - Meniti Titian Usang (Search)
6. Lan - Romancinta (Mojo)

& lagu untuk Battle

1. Supergirls (Defam) - Aishah vs Liza Hanim
2. Amboi (Altimet)  - Hazami vs Tia Jinbara
3. Tepi Sikit (Sleeq) - Firman vs Lan

Yang belum sempat tengok lagi sem-final concert GV4, here's the video :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi komen :)