Duit Istimewa RM60 & RM600 dari BNM

By farhanna jafri - 18:30

Bersempena ulang tahun Malaysia yang ke-60, Bank Negara Malaysia (BNM)  mengeluarkan wang wang kertas khas bernilai RM60 dan RM600 bertemakan 'Raja Payung Kedaulatan Negara' sebagai tanda penghormatan kepada institusi Raja-Raja Melayu sejak tanggal 31 Ogos 1957 sehingga kini. Perjanjian yang bertarikh 5 Ogos 1957 telah mengisytiharkan Yang Di-pertuan Agung adalah ketua tertinggi persekutuan Tanah Melayu yang telah ditandatangani oleh semua pihak raja-raja Melayu pada waktu itu. 


Wang istimewa keluaran BNM ni berukuran 370mm x 220mm, antara yang terbesar di dunia dan mempunyai ciri keselamatan yang lebih tinggi berbanding wang ringgit biasa yang digunakan sekarang ni. 


Wang kertas RM 60 dan RM600 ni dibuka tempahannya pada Hari Jumaat, 5 Januari 2018 nanti dan cetakannya hanya terhad kepada 6,000 keping untuk not RM600 dan 60,000 keping sahaja untuk not RM60. 

Harga bagi setiap wang kertas istimewa

BNM juga mengeluarkan 4 jenis wang syiling emas berharga RM300, perak berharga RM150, tembaga berharga RM 15 dan juga emas Nordic berharga RM1 yang akan dijual di lelongan awam nanti. Wang kertas dan syiling keluaran istimewa BNM ni akan ditayangkan kepada umum di Muzium Bank Negara pada 21 Disember 2017 nanti dan juga akan ditayangkan di Penang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu pada tarikh yang sama. 

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Menarik juga ni. Nanti bolehlah pergi muzium nanti.

    ReplyDelete
  2. Unik, rm60, rm600. RM6 takde ke? hihii

    ReplyDelete
  3. Wow, buat origami pun cantik ni, untuk disimpan elok2 dalam wallet. Hehehe... :P

    Hi there, salam kenal... ai datang membalas kunjungan blog :D

    ReplyDelete
  4. Kenapala xbuat rm6 🤗

    Tahniah ntk awk..ada surprise..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)