Thursday, 16 November 2017

Throwback Thursday : Pintu

Dah lama tak update pasal kisah hidup sendiri, asyik movie review tak pun pi makan mana kan? Mesti ada yang cemuih dah hihu.

Saja ja nak sembang pasal pintu bilik sendiri. Tak tak ni bukan kisah seram malam Jumaat malam Keliwon takde. Since diri ni perempuan, merajuk tu memang makanan harian? Ke mingguan? Yang pentingnya memang akan ada drama. So kalau menyampah je dengar mak membebel mesti hempas pintu. 

Segala pintu yang ada semua dibantainya. Kira dah hempas pintu tu satu kepuasan lah. Kalau pintu tu tak terhempas kuat, sanggup acah keluar ambik barang dekat luar bilik ataupun pergi bilik air lepastu hempas lagi sekali. Tanda protes.

Duduk rumah kuarters askar ni memang semua pintu jenis tebal so kalau hempas memang dia punya berdentum zahabedah kuat. Memang syok la kalau tengah rebel ataupun merajuk. Tapi bila pindah dekat rumah kampung, pintu dia biasa je. Sebab suka sangat hempas pintu sampai tercabut pintu tu. Sudahnya ayah guna langsir je gantikan pintu. 

Bila suruh dia pasang pintu dia malas nak layan. Guna la alasan malu nak tukar baju sebab dah anak dara lah nak privacy lah tapi semua tak kena layan. Padan muka lah pintu hancur cenggitu. Nak buat drama pun dah tak mampu. 

Bila masuk asrama lagi lah tak wujud drama hempas pintu. Celah mana pun nak hempasnya kalau pintu kongsi satu bilik. Boleh hempas pintu loker je itu pun takde bunyi. Lagi syahdu bila nak tutup pintu kena kunci sekali. Sudahnya sampai sekarang dah tak pandai dah hempas pintu dah. 

Tapi sejak kerja ni, pintu kabin ni kalau hempas sedap jugak bunyi dia. Kalau ada orang yang malas nak dilayan hempas je pintu kuat-kuat. Kalau nak cover, cakap je angin :P

Ye pintu kereta memang tak berani nak hempas sebab ayah sayang kereta. Gila nak hempas kuat, tak memasal kena rotan terus sebab rosakkan kereta. Tutup kuat sikit pun dah jegil mata dah hihu. Dah ada kereta sendiri ni memang memahami sangat la perasaan tu. Kalau ada yang tutup pintu kereta kuat sikit automatik kepala toleh tengok siapa punya kerja. 

Hal kereta ni memang uiiissyyhhhh boleh kering poket kalau tak jaga betul2. Kan? Kbai.

6 comments:

  1. hahahahahahaha... boleh bayang la betapa kuatnya bunyi pintu terhempas tu

    ReplyDelete
  2. Yang paling sedih...waktu hempas pintu...ada cicak pada celah pintu...mangsa mati tersepitlah jawabnya...

    ReplyDelete
  3. "Mung hempas pintu, abah hempas mung!" kata seorang ayah :')

    ReplyDelete
  4. Kalu akak hempas pintu, mesti hubby cakap, 'taknak hempas pinggan sekali ke..?" hihihi..

    ReplyDelete
  5. jangan selalu hempas..nanti cepat rosak pintu tu..

    https://caramelmacchiyato.blogspot.my

    just follow u

    ReplyDelete
  6. hahaha kesian pintu jadi mangsa keadaan 😁

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...