Noah Live In KL!

Monday 27 November 2017

Back then in 2005, memang famous sangat lagu Mimpi Yang Sempurna. Bukak TV je keluar lagu ni. Sementara tunggu cerita lain je keluar lagu ni. I'm annoyed at first sampai lah pergi dekat rumah makcik sebab ada kenduri kahwin. Siang malam lagu ni dok ulang sebab anak dia suka. Dengan kita terjebak sekali hah hambekkk!


Since then, memang follow every updates on Peterpan. Plus masa tu memang Peterpan tengah meletopsss pun. Sampai ada pekerja Indonesia dekat kantin sekolah buat style sebijik macam Ariel. Muka pun lebih kurang lol. 

Dulu nak pergi konsert diorang memang tak dapat lah, tengah study lagi. Duit mana ada. Kalau ada pun, kau simpan je la dalam poket. Nak survive pun seksa. Belum masuk part kena bayar duit baju, duit kelab, duit dinner walaupun taknak pergi tapi kena paksa pergi. Tapi tahun ni dah kerja, ada duit sendiri terus book tiket without hesitation. Tapi sedih jugak lambat tahu pasal tiket ni sebab 100 orang terawal dapat pergi Meet & Greet before concert. 

Lepas beli tiket tu, hari2 tunggu bila lah nak 25hb Nov. Hari-hari pasang lagu Peterpan/Noah. 50 lagu diorang kot dalam folder. Rasanya lagu diorang je yang banyak dengan lagu Siti Nurhaliza dalam folder lagu tu. Hihu. Then, the day has arrived! Hari Sabtu, siapkan kerja, mintak half day dengan boss, picked him up at Balai Seni since he have guitar course that day and straight away pergi Stadium Merdeka. 

Dari pukul 4.30 sampai pukul 8.30 tunggu show start. Memang berdebar je dup dap dup dap. Masa tengah tunggu tu nampak Noah berjalan keluar lepas sound check naik tingkat atas. Hoihhh excited kemain even nampak dari jauh. Tak sabar nak tunggu tengok depan mata. Sementara tunggu tu, beli baju Noah sebab design cantik plus dekat mana lagi nak beli yang original punya, ada tag Noah datang dari Bandung. The great thing is only both of us have that design. Weeeee! 


Pukul 6.30 dapat masuk dalam stadium & dapat tempat paling depan sekali, tapi sebab rendah so kena jengket lol. Not even mentioned part orang belakang nak record video tapi siku kena kepala, tu belum part diorang tolak2 lagi, belum part hp tercampak ke depan. Kalau bukan sebab Noah, memang tak pergi tau konsert ni. I'm not a fan of concert. I jenis rimas punya orang. Ni maybe first and last lah pergi ni. I kenottttt


Tapi berbaloi lah spend money, time and energy sebab best sangat. Masa ajak kawan pergi, ramai yang hesitated nak pergi ke tak sebab takut Noah nyanyi lagu baru but little did they know, lagu dalam album Noah pun lagu diorang nyanyi balik je lagu Peterpan cuma diberi nafas baru tapi tak lari jauh pun lah. Ada 3 je lagu baru dari album Seperti Seharusnya tahun 2012.

& lagu yang diorang nyanyi masa dekat konsert pun lagu yang hits dekat Malaysia :
  • Seperti Kelmarin - album Hari Yang Cerah (2007)
  • Topeng - album Taman Langit (2003)
  • Ada Apa Denganmu - album Bintang Di Surga (2004)
  • Semua Tentang Kita - album Taman Langit (2003)
  • Mungkin Nanti - album Bintang Di Surga (2004)
  • Bintang Di Surga - album Bintang Di Surga (2004)
  • Kisah Cintaku - album Sebuah Nama, Sebuah Cerita (2008)
  • Taman Langit - album Taman Langit (2003)
  • Cobalah Mengerti - album Hari Yang Cerah (2007)
  • Khayalan Tingkat Tinggi - album Bintang Di Surga (2004)
  • Di Atas Normal - album Bintang Di Surga (2004)
  • Menghapus Jejakmu - album Hari Yang Cerah (2007)
  • Ku Katakan Dengan Indah - album Bintang Di Surga (2004)
  • Tak Bisakah - album Alexandria (2005)
  • Yang Terdalam - album Taman Langit (2003)
  • Mimpi Yang Sempurna - album Taman Langit (2003)
  • Hidup Untukmu, Mati Tanpamu - album Seperti Seharusnya (2012)
  • Separuh Aku - album Seperti Seharusnya (2012)
  • Jika Engkau - album Seperti Seharusnya (2012)
Dalam masa 2 jam tu nyanyi semua lagu ni sampai tak perasan langsung dah pukul 10.30. Rasa nak nangis je sebab tak puas lagi. Rasa macam sekejap sangat. Tahu dah habis pun bila Ariel cakap 'Ini lagu terakhir kita', masa tu ingat dia bergurau je rupanya memang betul2 habis.

Lepasni entah bila pulak boleh jumpa Noah/Peterpan ni. Nasib hp tak buat hal malam tu, so semua lagu dapat record except lagu Separuh Aku, Kisah Cintaku dengan Jika Engkau sebab fefeeling masa Ariel nyanyi. Tengok dia dalam MV dengan tengok real, ya tuhannnn happy lagi tengok depan mata. Jatuh cinta yang paling dalam. Hambek!





Oh malam tu ada Amy Search dengan Jimmy Shenley datang tengok konsert Noah. Altimet pun datang perform lagu Amboi. I'm not sure kalau ada artis lain yang datang because I don't even care. I nampak Noah je depan mata. Hihi


Its really a great memory tapi kan best kalau lanjut sampai pukul 12. Nyanyi semua lagu diorang sampai mengah :P

For all videos that I've recorded that night, you guys can hit my Instagram :)

5 comments

  1. Wah, peminat setia ni 😊

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. kalau dah minat kan.... mcmni la hahhaa

    ReplyDelete
  3. Byk juga list tu lagu yg kak ana layan dan pernah sukaaaa. 😍😍

    ReplyDelete
  4. Pernah pergi sekali je konsert.. tu pun konsert wings.. saja ikut member.. memang tak menahan.. dengan crowd yang ramai.. tolak-tolak.. tapi best bila dapat dengar live.. lagi best rasanya.. pengalaman kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.