Wednesday, 15 November 2017

Movie Review : Lucknow Central

Image result for lucknow central

Director : Ranjit Tiwari
Cast : Farhan Akhtar, Diana Penty, Ronit Roy, Rajesh Sharma, Grippy Garewal
Genre : Thriller Crime
Trailer : 

I always have soft spot for Diana Penty, beauty and talented. Last year tengok movie dia, Happy Baag Jayegi, tahun ni dalam movie Lucknow Central tapi sayang lah sebab screentime dia tak banyak pun dalam movie ni & watak dia strong tapi the way director portray her character macam hambar sikit. 

Lucknow Central ni mengisahkan tentang Kishan Mohan (Farhan Akhtar) yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati untuk satu kes pembunuhan seorang pegawai keselamatan lepas dia balik dari konsert. Kishan ni memang dah lama nak ada band tapi lepas dia masuk penjara, impian dia terkubur.  Dalam masa yang sama, menteri di Uttar Pradesh tu nak satu band dari penjara Lucknow Central untuk bertanding dalam pertandingan menyanyi. Disebabkan singing competition ni lah harapan dia untuk jadi penyanyi hidup balik, & dengan bantuan Gayatri Kashyap (Diana Penty), dia dapat tubuhkan sebuah band.

Image result for lucknow central

Before going for the review, fun fact for this movie is this movie inspired from a true events. Pada tahun 2007, ada singing competition antara penjara di Uttar Pradesh so 12 orang banduan di Lucknow Central ni dipilih & dilatih oleh warden penjara, Noor Muhammad yang membesar dengan muzik since ayah dia pun ada band jugak. Kos untuk peralatan muzik ni semua hasil daripada fundraising masyarakat di situ. Masa Republic Day, band Healing Hearts ni perform lepas berbulan gigih practice & dari situ diorang dah start dapat tempat di hati peminat & lots of invitations macam perform dekat kenduri kahwin, private events or even official ceremony. Habis je perform, diorang akan balik semula ke penjara lah sebab most of them dapat hukuman penjara seumur hidup. Band Healing Hearts ni memang sentiasa update dengan latest Bollywood songs untuk penuhi permintaan fans & customer diorang. Dekat penjara Lucknow Central ni ada satu kaunter khas untuk booking band Healing Hearts perform dekat majlis diorang. 

Image result for lucknow central review
Barisan pelakon bergambar dengan band Healing Hearts
Okay, back to the review. Movie ni memang entertaining sebab lagu-lagu dalam movie ni pun best tapi geram pulak sebab Farhan tak guna suara sendiri pun dalam movie ni. But Rangdaari memang menusuk. Arijit Singh ka jadoo kan, macam biasalah. ;)

Actually storyline movie ni strong jugak lah tapi sebab dah terlampau banyak sangat movie based on the same plot, rasa macam eh cliche sangat tau uolls. Masa tengok movie ni rasa macam tengok drama Korea, Defendant and a strong mix with Shawshank Redemption movie. Even movie Qaidi Band pun buat kisah yang sama. T.T

Instead of ubah storyline movie ni, I guess better Rajesh Tiwari cedok kisah band Healing Hearts je since they got a beautiful story to tell the world and this movie can give strong powerful social message compared to this one. Mungkin director nak tampilkan kekuatan quote 

Nobody gets justice; people only get good luck or bad luck - Orson Welles
Yes, memang strong tapi sejauh mana terkesan dalam hati penonton sedangkan nak go through movie tu boleh tahan lenguh jugak lah. 147 minutes tu lama kot. Mungkin ending lagi bagus since ending movie Lucknow Central ni buat orang tertanya-tanya so apa jadi dengan band Kishan? Setakat tu je ke impian Kishan? Kata ahli band ni finally dapat maruah diorang balik lepas semua ahli keluarga pandang hina sebab diorang ni banduan? Macam ada batu besar tau jatuh bila tengok ending. Lots of questions but you cannot find the answers. 

Lagi rasa nak terjongket kening bila ahli band Kishan ni semuanya expert dengan selok-belok penjara tu. By logic, for sure lah warden penjara tu dapat hidu plan diorang untuk lari keluar dari penjara tapi biasalah kan, nama pun movie. What do you expect lol. Instead of giving a brilliant story, its end up being trash sebab logic memang hancur. Don't get me started for the genre. Haihhhhh

Image result for lucknow central review

Movie ni terselamat sebab lakonan Farhan Akhtar & Ronit Roy menjadi plus the songs are entertaining. & not to mention the comical scenes tapi ada jugak scenes yang tak perlu ada dalam pun dalam ni sebab masa terbazir tengok scene mengah. Kalau tengok movie ni secara santai, memang fun lah movie ni sebab tak berat mana pun. Tapi tu lah, kalau movie ni berbeza storyline mungkin impak dia boleh pergi lagi jauh dari yang diterbitkan ni. 

1. Team Production 0, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 5.7/10

2 comments:

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...