Thursday, 30 November 2017

Menang Keychain dari Giveaway Blog Anugerah Terindah

Bulan September haritu sis Mardiah buat Giveaway Birthday Tuan Blog Dan Blog Anugerah Terindah & suprisingly blog ni terpilih untuk menang keychain yeayyyy!



Since dah menang tu, sis Mardiah minta PM dia dekat FB bagitau nak nama apa dekat keychain tu. Dah siap bagi details & nama untuk keychain, hari ni sampai lah jugak keychain yang dijanjikan tu. Tbh dah lupa dah dengan keychain ni haaa. Serious tak ingat langsung ada menang. Bila adik bagitau ada parcel sampai macam terkejut jugak lah. 

Blur pun ada sebab tak ingat langsung ada menang keychain. Cantik pulak tu keychain yang sis Mar ni buat. 


Disebabkan Iolls ni clumsy orangnya dan suka main campak barang, so letak keychain ni dalam purse dan berharap keychain ni selamat sampai bila-bila insya-allah amin lol. 

Kejap lagi nak tunjuk dekat dia sebab nak pergi dating hihu. Kbai

Sunday, 26 November 2017

Noah Live In KL!

Back then in 2005, memang famous sangat lagu Mimpi Yang Sempurna. Bukak TV je keluar lagu ni. Sementara tunggu cerita lain je keluar lagu ni. I'm annoyed at first sampai lah pergi dekat rumah makcik sebab ada kenduri kahwin. Siang malam lagu ni dok ulang sebab anak dia suka. Dengan kita terjebak sekali hah hambekkk!


Since then, memang follow every updates on Peterpan. Plus masa tu memang Peterpan tengah meletopsss pun. Sampai ada pekerja Indonesia dekat kantin sekolah buat style sebijik macam Ariel. Muka pun lebih kurang lol. 

Dulu nak pergi konsert diorang memang tak dapat lah, tengah study lagi. Duit mana ada. Kalau ada pun, kau simpan je la dalam poket. Nak survive pun seksa. Belum masuk part kena bayar duit baju, duit kelab, duit dinner walaupun taknak pergi tapi kena paksa pergi. Tapi tahun ni dah kerja, ada duit sendiri terus book tiket without hesitation. Tapi sedih jugak lambat tahu pasal tiket ni sebab 100 orang terawal dapat pergi Meet & Greet before concert. 

Lepas beli tiket tu, hari2 tunggu bila lah nak 25hb Nov. Hari-hari pasang lagu Peterpan/Noah. 50 lagu diorang kot dalam folder. Rasanya lagu diorang je yang banyak dengan lagu Siti Nurhaliza dalam folder lagu tu. Hihu. Then, the day has arrived! Hari Sabtu, siapkan kerja, mintak half day dengan boss, picked him up at Balai Seni since he have guitar course that day and straight away pergi Stadium Merdeka. 

Dari pukul 4.30 sampai pukul 8.30 tunggu show start. Memang berdebar je dup dap dup dap. Masa tengah tunggu tu nampak Noah berjalan keluar lepas sound check naik tingkat atas. Hoihhh excited kemain even nampak dari jauh. Tak sabar nak tunggu tengok depan mata. Sementara tunggu tu, beli baju Noah sebab design cantik plus dekat mana lagi nak beli yang original punya, ada tag Noah datang dari Bandung. The great thing is only both of us have that design. Weeeee! 


Pukul 6.30 dapat masuk dalam stadium & dapat tempat paling depan sekali, tapi sebab rendah so kena jengket lol. Not even mentioned part orang belakang nak record video tapi siku kena kepala, tu belum part diorang tolak2 lagi, belum part hp tercampak ke depan. Kalau bukan sebab Noah, memang tak pergi tau konsert ni. I'm not a fan of concert. I jenis rimas punya orang. Ni maybe first and last lah pergi ni. I kenottttt


Tapi berbaloi lah spend money, time and energy sebab best sangat. Masa ajak kawan pergi, ramai yang hesitated nak pergi ke tak sebab takut Noah nyanyi lagu baru but little did they know, lagu dalam album Noah pun lagu diorang nyanyi balik je lagu Peterpan cuma diberi nafas baru tapi tak lari jauh pun lah. Ada 3 je lagu baru dari album Seperti Seharusnya tahun 2012.

& lagu yang diorang nyanyi masa dekat konsert pun lagu yang hits dekat Malaysia :
  • Seperti Kelmarin - album Hari Yang Cerah (2007)
  • Topeng - album Taman Langit (2003)
  • Ada Apa Denganmu - album Bintang Di Surga (2004)
  • Semua Tentang Kita - album Taman Langit (2003)
  • Mungkin Nanti - album Bintang Di Surga (2004)
  • Bintang Di Surga - album Bintang Di Surga (2004)
  • Kisah Cintaku - album Sebuah Nama, Sebuah Cerita (2008)
  • Taman Langit - album Taman Langit (2003)
  • Cobalah Mengerti - album Hari Yang Cerah (2007)
  • Khayalan Tingkat Tinggi - album Bintang Di Surga (2004)
  • Di Atas Normal - album Bintang Di Surga (2004)
  • Menghapus Jejakmu - album Hari Yang Cerah (2007)
  • Ku Katakan Dengan Indah - album Bintang Di Surga (2004)
  • Tak Bisakah - album Alexandria (2005)
  • Yang Terdalam - album Taman Langit (2003)
  • Mimpi Yang Sempurna - album Taman Langit (2003)
  • Hidup Untukmu, Mati Tanpamu - album Seperti Seharusnya (2012)
  • Separuh Aku - album Seperti Seharusnya (2012)
  • Jika Engkau - album Seperti Seharusnya (2012)
Dalam masa 2 jam tu nyanyi semua lagu ni sampai tak perasan langsung dah pukul 10.30. Rasa nak nangis je sebab tak puas lagi. Rasa macam sekejap sangat. Tahu dah habis pun bila Ariel cakap 'Ini lagu terakhir kita', masa tu ingat dia bergurau je rupanya memang betul2 habis.

Lepasni entah bila pulak boleh jumpa Noah/Peterpan ni. Nasib hp tak buat hal malam tu, so semua lagu dapat record except lagu Separuh Aku, Kisah Cintaku dengan Jika Engkau sebab fefeeling masa Ariel nyanyi. Tengok dia dalam MV dengan tengok real, ya tuhannnn happy lagi tengok depan mata. Jatuh cinta yang paling dalam. Hambek!





Oh malam tu ada Amy Search dengan Jimmy Shenley datang tengok konsert Noah. Altimet pun datang perform lagu Amboi. I'm not sure kalau ada artis lain yang datang because I don't even care. I nampak Noah je depan mata. Hihi


Its really a great memory tapi kan best kalau lanjut sampai pukul 12. Nyanyi semua lagu diorang sampai mengah :P

For all videos that I've recorded that night, you guys can hit my Instagram :)

DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA

Saturday, 25 November 2017

Menang Contest Giveaway Besar-Besaran by Intan Saffyna

12 November haritu dapat komen dari tuan punya hadiah sebab dah menang GA Besar-Besaran by Intan Saffyna. Siapa ada join GA ni?!



Tak sangka ada rezeki menang GA ni sebab syarat GA bukannya susah sangat pun tapi nak menang tu berdasarkan pilihan secara rawak. Sebagai manusia yang tak bertuah sangat, haruslah tak mengharapkan apa-apa pun. Saja nak support blogger yang buat GA. Boleh faham rasanya bila buat GA tapi orang tak nak join. Syahdu!


Anyway, hadiah untuk GA ni, dapat sehelai shawl & sehelai anak tudung berwarna biru! Terima kasih sis Julie Nida, salah seorang sponsor GA ni. Hadiah dah sampai dengan jayanya. :) 

Thursday, 23 November 2017

Movie Review : Half Girlfriend

Image result for half girlfriend

Director : Mohit Suri
Cast : Arjun Kapoor, Shraddha Kapoor, Vikrant Massey, Seema Biswas
Genre : Romance
Running Time : 2 hours 15 minutes
Trailer :


Tersangatlah kecewa dengan Half Girlfriend. This is a piece from my fav director, Mohit Suri. Kalau tengok movie Aashiqui 2, Ek Villain, Hamari Adhuri Kahani, Murder 2, semua movie menusuk ke hati. Nak move on confirm makan masa seminggu lebih sebab dia punya script, dia punya emosi tu fuhhhh tapi Half girlfriend ni jangan cakap emosi, movie pun hancur. Pelakon pun hancur, dialogue lagi lah nak mintak kena sepak. 

What happened Mohit Suri? Rasanya ni kegagalan epik dalam hidup Mohit. I feel sorry for him. Maybe movie happy ending bukan makanan dia kot. 

I took 3 days to finish this movie. Serious takde mood nak tengok. Dah lah setiap kali tengok mesti menguap besar lepastu tertidur. Maybe sebab mata Arjun layu sangat kot dalam movie ni sebab nak hidupkan watak melankolik. I just cant.

Image result for half girlfriend review

Shraddha being Shraddha, kayu as always. Emotionless. Dia punya scene nangis & trauma dengan masalah family dia pun rasa macam tak kesian langsung dengan hidup dia. Boleh je kalau dia pergi halang ayah dia dari pukul mak dia instead dia nyanyi lagu dengan gitar dalam bilik lol apakah? Its like she's having fun. 

Before we go any further, let me tell you bout the story. Okay, so basically Madhav Jha (Arjun Kapoor) masuk ke St. Steven's College sebab Riya Somani (Shraddha Kapoor) and ended up berkawan mesra lepastu Riya takut nak commit dengan Madhav so dia mintak jadi half-girlfriend Madhav. Madhav yang angau teruk dengan Riya ni okay je half ke suku ke asalkan Riya tu hamak dengan dia since Riya ni cantik, top student, popular, kaya ha'ah semua lah dia. Tapi roommate Madhav ni entahlah suka betul emosi bila Madhav sembang pasal Riya. Tak cerita pulak dia ni suka Riya ke apa sebab dia tak pernah pun confess ke tunjuk minat ke apa. Yang dia tahu dia hangin je bila Madhav cerita pasal Riya. Dia suggest dekat Madhav ajak Riya keluar tengok wayang, ajar Madhav tidur dengan Riya. He is such a bad influence for Madhav I swear. 

Related image

But tragedy happened bila Riya taknak tidur dengan Madhav. Lol siapa je nak tidur dengan dia, baru kenal berapa bulan dah ajak tidur, dah lah tu dekat hostel pulak tu. Dekat luar bersepah siswa lain intai diorang buat apa. Told you, roommate Madhav ni bad influence. Poor Riya, kena tolak sampai jatuh, kena marah dengan Madhav & malu dengan satu hostel siswa dekat situ sebab masuk hostel lelaki. Riya memang totally avoid Madhav and Madhav being a creepy stalker siang malam ikut Riya macam dia takde kerja lain nak buat padahal pergi kolej bawa harapan satu kampung. 

Turns out Riya drop college & kahwin lepastu bercerai sebab suami dia suka belasah dia then balik ke India sebab nak cari Madhav since dia nak habiskan waktu yang tersisa sebelum dia mati sebab kanser. Ha'ah kanser je lah penyedap cerita untuk tambahkan emosi dalam movie ni. Sama je macam Ae Dil Hai Mushkil.

Yang tak boleh blahnya, dia cari Madhav sebab moment dengan Madhav lah moment paling bahagia sekali dalam kehidupan dia like really? Madhav nak have sex masa kau sakit, lepastu tolak kau sampai jatuh, maki hamun sebab tak dapat have sex then malukan depan semua orang & he's the happiest moment in your life? REALLY?!!! Wei Madhav dengan suami kau takde beza pun lah. Oh god this woman!

Related image

I wonder why dia tak hidup dengan mak dia since dia dah nak mati. Kesian betul watak mak Riya dalam ni. Dah lah kena pukul dengan suami, anak pulak asyik nak lari padahal bonding Riya dengan mak dia okay je. Rasanya takde bonding scene between Riya & her mother except dekat birthday party Riya itupun cakap biasa je.

Fast forward, turns out Riya takde pun kanser, dia saja je tipu Madhav sebab Madhav deserves someone's better than her (janda+a college dropout). I guess kalau Riya tak menipu, Madhav tu tak payah pun buang masa lari satu New York cari dia. Diorang dua ni hidup macam happy betul dekat dunia ni. Diorang cuma stress dengan masalah cinta je. Hal kerja, hal tanggungjawab, hal lain semua tak penting. & yes lepas Madhav jumpa Riya lepas setahun cari dekat New York, malam tu they have sex. Yeayyyy lepastu diorang balik India & kahwin. Happy ending.

Seriously this is not Mohit Suri's style, I wonder who influenced him at the first place. T.T

Movie ni ada banyak women issues tapi entahlah dia tak deliver strong social messages pun. It just an add up untuk panjangkan cerita nak bagi nampak tragis tapi hambar jugak. Madhav nak jadi ala Majnu + Devdas moden tapi emosi dia tak sampai pun. Dia punya la sayangkan negara & bahasa kebangsaan dia sampai dalam interview pun sembang Hindi padahal interview in English ONLY. Tu belum masuk part dia present depan Bill Gates dalam Hindi padahal takde translator English. Lagi rasa nak hantuk kepala tengok dia merayu dengan guard hotel nak masuk jumpa Riya beria tau membebel dalam Hindi. Jangan tanya kenapa dia dapat masuk lepas dia membebel cenggitu. Ni movie Hindustan, just put your logic away. Dah 2017 dah wei. 

VFX & Bollywood memang ya tuhannn bila lah nak improve. Ingatkan Bill Gates diorang nak cari pelakon muka lebih kurang sama rupanya diorang tempek muka Bill Gates dekat muka pelakon tu nokharom nak tersembur air tengok haaa

9 half girlfriend review

Nasib music album dia best. Lagu Baarish dengan Phir Bhi Tumko Chahunga tu best nak layan. At least ada la juga penghibur masa tengok movie ni. But anyway, here's my rating :

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0, 5. Casting +0, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.2/10

p/s : Tak payah tengok lah kalau taknak murung

Wednesday, 22 November 2017

Lirik Lagu Bunga - Ara Johari

First time dengar lagu ni terus jatuh cinta ke memang lagu yang ada tajuk Bunga ni memang best. My all time fav, lagu Bunga - Thomas Arya, sekarang ni lagu Bunga - Ara pulak. You guys dah dengar ke belum? Actually tahu lagu ni masa Wany Hasrita nyanyi untuk Era Akustik, both version best maybe sebab lirik dia yang best kot. Wei, Hang Nadim kot yang buat haruslah menusuk ke hati hewhewhew. Pojaan hatiku gittewwww


Setiap yang indah 
Dan manis di lidah
Pasti hilang segalanya

Rimbunan dedaun 
Berguguran jatuh
Sembah bumi
Musim bertukar

Di gurun tak berbatas
Kehilangan jiwaku
Kutemukan bunga ini

Setelah Ku dimiliki
Kau lebur segala kata dan janjimu
Ku lakukan semua
Berikan yang Ku ada
Percaya kepadamu, kebodohanku.

Nah versi Akim ;P





Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com

Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/
Read more: http://www.azhafizah.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html#ixzz4z9qWREMo

Tuesday, 21 November 2017

Chizza KFC

For the first time ever I thought this is brilliant. Whoever come up with this idea is genius! Rasa rangup ayam campur dengan cheesy cheese and a lil bit of pineapple.

Image result for chizza kfc malaysia

Sejak tengok poster ni dah jatuh hati kot. Punya lah lama tunggu Chizza ni keluar, bila available je terus hancurkan diet & serbu KFC. 

Lepas balik kerja tadi relaks kejap dekat rumah sebab tengah hujan ribut dekat luar so we've decided to go after Maghrib lah so tak payah terkejar-kejar. Masa sampai tu dah start nak ramai dah. Dalam setengah jam jugak lah tunggu & yang dekat depan tu memang datang semata nak try Chizza okay. Memang cepat je la dapat order sebab staff KFC dah buat awal-awal dah. Memeng berkotak dekat dalam oven tu.

Bila dah order, dah settle bayar semua cari tempat duduk & it's time to reveal the taste of Chizza!!! I am so excited okay. 

So here it is, the true face of Chizza



Judging from the looks itself, I dah tahu dah benda ni hambar. First, sos dia terlampau banyak. Second, where is the cheese? Third, too much rosemary will ruin the taste. Fourth, too much onion will lead to destruction. 

Bila dah makan pun rasa ya tuhannn why you guys ruin this beautiful thing? WHYYYYY?

It supposedly to be crunchy & cheesy tapi yang dapat rasa sambal melekat dekat tekak dengan perit menanggung herbs yang banyak. Serious nak muntah. Gravy sauce terlampau masam & pekat. Sudahnya buang je semua gravy dia dengan onion tu. Makan nenas dengan isi ayam je nak bagi hilang mual since kulit pun dah lembik lemau segala. 


Kecewa teruk sebab tunggu lama tapi tak macam yang digembar-gemburkan pun. Definitely the first and last. Tapi yang ni dekat area Subang Airport ni lah, kot franchise tempat korang buat sedap ke, who knows kan? Nasib kita lain-lain. For me it just a huge disappointment. Thanks KFC sebab bagi harapan. Kbai.

Monday, 20 November 2017

Undi Samantha James Wakil Miss Universe Malaysia 2017!

As you guys know, our country send Samantha Katie James for Miss Universe 2017. Remember the nasi lemak dress?



Samantha bukan pertama kali join Miss Universe, tahun 2013 dia dah pernah join tapi dapat tempat ke8 so tahun ni dia cuba nasib lagi sekali & yes dia dapat juara menggantikan tempat Miss Universe 2016, Kiran Jassal. Apart from pageantry and modelling, Samantha sebenarnya seorang pelakon tapi setakat ni dia baru ada 2 filem antarabangsa, Kastil Tua (kerjasama Indonesia-Malaysia), Huang (ditayangkan cuma di negara China) & 1 telefilem, Wanita Terindah.

Anak kelahiran Klang dan berdarah kacukan China dan Brazil merupakan Miss Universe Malaysia tahun ni & 26 November ni ialah tarikh semi-final Miss Universe 2017 di Las Vegas. Her birthday is on 28th November, so kalau dapat masuk semi-final rasanya hadiah birthday kita untuk dia? :)

Macam mana nak vote Samantha untuk masuk semi-final Miss Universe? Mudah sangat!

Ada dua cara untuk vote.

1) Undi di laman web rasmi Miss Universe sebanyak 10 kali sehari. 

Cari Samantha James, tekan vote kemudian tekan tambah sampai 10 votes dan klik Confirm Vote. Done!



Ataupun;

2) Tweet sebanyak mana yang korang nak dengan hashtag #MissUniverse #Malaysia tanpa sebarang emoji di Twitter. Kalau malas sangat cuma Retweet hashtag #MissUniverse #Malaysia sebab 1 tweet atau retweet bermakna 1 vote kepada wakil kita. 

Senang je kan? Wish her good luck for semi-final! 

p/s : Wakil Columbia, Laura Gonzalez dengan wakil Finland, Michaela Soderholm pun cantik jugak! :D

Birthday Giveaway


Okey, Syarat? senang sahaja. Birthday Giveaway ni adalah kerjasama dengan empunya Blog 3nurulscollection. Atau FB nya >>> 3NC

Jadi dialu-alukan anda semua untuk menyertai Giveaway ni.

Berikut adalah langkah2 penyertaan Anda:


1) FOLLOW Blog NabilaSyifa >>
   https://mylittlepad-syifa.blogspot.my/2017/11/birthday-giveaway-november.html
[DONE]

2) FOLLOW Blog 3nurulscollection >>
   http://3nurulscollection.blogspot.my/
[DONE]

3) LIKE page FB 3nurulscollection >>
   https://www.facebook.com/3NurulsCollection.3NC/
[DONE]

4) FOLLOW INSTAGRAM 3nurulscollection >>
[DONE]

5) Tag 3 orang rakan Blogger anda, dan jangan lupa post entry mengenai Birthday Giveaway
   Ini diBlog anda dan Linkkan ke page ini.URL Link >>
   http://mylittlepad-syifa.blogspot.my/2017/11/birthday-giveaway-november.html

1)Raydah
2)Jom Bercontest
3)JMBlog

5) Sila nyatakan bagaimana anda tahu mengenai Birthday Giveaway ini dalam entry
   blog anda.Contoh: Saya mengetahui mengenai Birthday Giveaway ini setelah
   ditag oleh rakan blogger>>nabilasyifa (contoh)

- Tahu mengenai Birthday Giveaway ni masa terjah blog Syifa. Blogwalking sebab sama-sama join contest Kisah Emas Putih. :)

6) Tinggalkan URL entry blog anda mengenai Birthday Giveaway Ini di ruangan comment.
   Senang je kan? apa tunggu lagi? jomlah join Birthday Giveaway ni.
[DONE]
 
   Bukannya selalu buat pun.
 
   Hadiah menarik menanti 3 pemenang bertuah!Hadiah adalah seperti berikut:


  Hadiah Pertama:

1) Hadiah Misteri.

2) Tudung dari koleksi 3nurulscollection.

3) Fridge Magnet.

4) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.

5) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).



   Hadiah Kedua:

1) Tudung dari koleksi dari 3nurulscollection.

2) Fridge Magnet.

3) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.

4) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).



   Hadiah Ketiga:

1) Tudung dari koleksi dari 3nurulscollection.

2) Fridge Magnet.

3) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.

4) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).


BERMINAT? JOM JOIN!!!  Tarikh tutup penyertaan adalah pada >> 31 December 2017

Berniaga Dalam Hujan

Masuk ni dah 4 minggu join berniaga nasi lemak dekat pasar tani setiap hari Ahad. Kiranya memang takde life pun lah sebab Isnin sampai Sabtu pergi kerja dekat site, hari Ahad pulak join berniaga. Tapi kalau duduk rumah pun tak buat apa. Baik pergi cari duit. Ni pun join sebab tak cukup pekerja. Memasing tengah khusyuk layan SPM.

Dah masuk musim tengkujuh ni kena tabah lah bila hujan datang. Masuk minggu lepas, dah 2 minggu dah berniaga dalam hujan. Kalau hujan memang sedia maklum lah customer tak ramai sangat. Lagi satu hal bila makanan basah kena hujan. Memang menggelupur adjust makanan supaya tak basah teruk. Dia punya kelam kabut tu tak payah cakap lah. Sorry bang tray gedabak jatuh, nasib baik tak timpa kaki. 

Lagi syahdu bila tapak niaga kau banjir. Terkangkang-kangkang lah siapkan order. Melompat sana sini supaya kasut tak basah. Baju basah takpe, jangan makanan customer basah. But I'm okay, nama pun COBAANNNNNN. 

But despite all this, bila wrap up dapat lah makanan lebih ataupun minuman lebih dari jiran niaga. Minggu lepas dapat paling banyak selama bekerja dekat tapak pasar tani. Paling happy dapat kuih cantik ni. Dah lah cantik, sedap pulak tu


Next week maybe tak dapat berniaga sebab dah ada plan. Tak sabar nak tunggu Sabtu ni fuhhhh! I just can't wait! :D

Movie Review : Chef

Related image

Director : Raja Krishna Menon
Cast : Saif Ali Khan, Padmapriya Janakiraman, Svar Kamble, Chandan Roy Sanyal, Sobhita Dhulipala
Genre : Drama/Comedy
Running Time : 2 hours 13 minutes
Trailer : 


Chef mengisahkan tentang middle age chef , Roshan Kapoor (Saif Ali Khan) di London yang dibuang kerja lepas bertumbuk dengan customer mencari jalan untuk perbaiki hubungan dengan anaknya, Ary (Svar Kamble) di India yang tinggal bersama bekas isterinya, Radha (Padmapriya). Mengambil idea bekas isterinya untuk mengusahakan bas restoran di Delhi, RK meluangkan masa bersama anaknya & juga kawan baiknya. This movie is an official adaptation from movie Chef by Jon Favreau in 2014.

The storyline quite simple and predictable tapi enjoyable tengok movie ni sebab movie ni santai je. Tak berat sangat, bonding anak dengan ayah comel je onscreen. Walaupun both of them ada different opinion and view in life but that's what makes their bonding and chemistry looks great. Love how Saif stick to his character, tak beria nak nampak cool or macho among women macam movie Bollywood yang lain. Panas baran, self-centered & cinta mati dengan bidang kulinari tapi slack dalam movie ni banyak scene dia asyik masak pasta carbonara je. Setiap kali sambut anniversarry dengan Radha confirm masak pasta carbonara tu. Kata chef yang cintakan masakan tapi masak menu hambar untuk hari special. Seriously?


Dalam movie ni tak banyak sangat tunjuk masakan yang best atau membuka selera kecuali Rottza since Rottza tu main dish untuk bisnes bus restoran dia. Sayang lah sebab duration movie ni lama tapi menu dalam ni tak banyak pun padahal movie ni tajuk pun dah boleh nampak kehidupan dia bergelumang dengan apa. Cuma Saif did justice to his character lah sebab cara dia masak, pegang equipments, prepare dish tu memang cantik dah. 

Related image

Lagu dalam movie ni just nice je tak ada yang terngiang-ngiang ke apa, just go nice with the flow. But the visual is breathtaking, view dekat Kerala tu paling cantik sekali nak pulak masa Roshan spend time dengan Ary atas bot sembang pasal life diorang. Sepanjang perjalanan diorang ke Delhi pun cantik jugak. 


Despite horrible collection ticket di box office, movie ni boleh je layan dengan family sebab comedy scene dia menghiburkan. Not to mention, emotional scene between Ary & RK. Ada jugak scene pengajaran dalam movie ni. The cast pun semua bagus cuma direction and editing dia je kureng sikit but still recommended to watch. :)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.5/10

GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS



Pengalaman bersama Printcious ni pernah sekali je mengundi untuk Printcious & dapat voucher RM50 tapi sampai sekarang tak order lagi barang apa yang diidamkan. Tak tahu nak pilih mana satu sebab semua pun cantik & murah. Harapnya minggu depan dah boleh decide nak order apa nanti dah expired melepas benda best.

Sunday, 19 November 2017

Gegar Vaganza 4 : Minggu 4 - Senarai Lagu

Image result for gegar vaganza 2017 minggu 4

First of all, Happy Birthday Tok Ram yang ke-59!!!

Tak sangka Haida yang tersingkir semalam walaupun ada komen juri yang lagi teruk tapi tu pendapat dari seorang juri je, bila total up, dapatlah markah sebenar macam dekat bawah ni :

1. Hazami - 86%
2. Liza Hanim - 83.6% 
3. Aishah - 80.6% 
4. Firman Siagian - 67.8% 
5. Tia Jinbara - 67.8% 
6. Lan Kristal - 67.8% 
7. Elyana- 65% 
8. Syura - 61% 
9. Aqasha - 61% 
10. Haida - 53.2%

Tak sangka Hazami meroket naik ke atas sekali tapi dia memang deserved pun semalam sebab persembahan dia dengan Azharina memang best. As we all know, Azharina kalau bab performance memang all out & do her best, kena la dengan tema minggu 4 : Berdua Lebih Baik. Emosi tengok performance Lan Kristal dengan Siti Nordiana semalam dengan props & lakonan dekat belakang tapi Tok Ram kata Nana acuh tak acuh je menyanyi. Tak tahu lah, tu dari pandangan juri, dari pandangan audience macam Iolls ni, rasa nak menangis bila tengok. They did justice to Naluri Cinta. Lan memang belajar betul-betul dengan Kak Rohana Jalil sebab Tok Ram sendiri puji Lan makin improve setiap minggu.  

Untuk performance minggu depan, 9 peserta akan menyanyikan lagu untuk tema Kaum Kerabat & here goes the list :

1. Hazami : Jerat percintaaan - Siti Nurhaliza, 
2. Liza Hanim : Lelaki teragung- Dayang Nurfaizah 
3. Aisyah : Menghitung Hari - Kris Dayanti 
4. Firman : Bukan Aku Tak Cinta - Iklim, .
 5. Tia Jinbara : Antara Hujan dan Air mata, Sudirman Haji Arshad
6. Lan Kristal : Sangkar Cinta - Ziana Zain
7. Elyana : Sepi Yuni - Zara
8. Syura : Sepi Sekuntum Bunga Merah - Ella  
9. Aqasha : Juwita - M. Nasir
10. Jihan & Nabil : Despacito - Louis Fonsi ft Justin Bieber

Yang nak tengok kemeriahan Gegar Vaganza Minggu 4 semalam, boleh tengok dekat sini :)


Check Old Tweets di Search Box

Sekarang ni dekat FB dah keluar Memory so you guys boleh check status lama yang korang update dulu tapi dekat Twitter kalau buat macamtu memang boleh menangis sebab update setiap beberapa saat. SAAT tau bukan minit.

Tapi ada cara kalau you guys nak tengok tweet lama dalam tempoh masa yang you guys nak. Caranya mudah je,

1. Tekan Search Box di bahagian atas tu.

2. Kemudian taip tweethandle since (tarikh yang you guys nak) until (tarikh yang you guys nak). Contoh macam

@farhanajafri since 2012/01/01 until 2012/31/12

3. Tekan 'Search' ataupun Enter. Done!

Nanti akan keluar lah segala tweets yang you guys dah update dalam tempoh masa yang you guys minta tu.


Bila dah tengok tweets lama ni banyak terjongket kening jugak lah sebab banyak benda jadi yang dah tak ingat dah. Segala jenis meroyan, segala jenis benda happy, benda sedih, tweets pasal crush, pasal life ah semua jenis lah ada. Sekarang je dah makin kurang tweet sebab busy dengan kerja. Tapi kalau sekali dah tweet tu macam dah penuh muatan satu lori.

I hope this tutorial helps for those yang nak jalan-jalan dekat memory lane. Goodluck!

Gegar Vaganza Musim 4 : Minggu 3

Image result for gv4

Minggu ke3, 11 peserta diberikan senarai lagu yang keluar dari genre masing-masing untuk dinilai sejauh mana kemampuan vokal & mutu persembahan. I must admit, dekat pentas minggu ke3 dah boleh nampak kelemahan sesetengah peserta. 

Senarai lagu untuk Minggu Berani Ke Tidak? :

1. Liza Hanim -  Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
2. Haida - Kenangan bersamamu (Lefhanded)
3. Hazami - Joget Kenangan Manis (Allahyarham Datuk Sudirman)
4. Syura - Knock Knock (Elizabeth Tan)
5. Aishah - Terukir Di Bintang (Yuna) 
6. Tia Jimbara - Bila Resah (Anuar Zain) 
7. Lan Kristal - Sayang Sayang (Alif Aziz) 
8. Aqasha - Cinta Tak Keruan (Amigos) 
9. Firman Siagian - Zalikha (Floor 88) 
10. Elyana - Wulan Merindu (Cici Faramida)
11. Raja Azura - Perhaps Perhaps Perhaps (Pussycat Doll)

Malas nak sembang pasal performance Kak Liza Hanim sebab ya tuhannn dia punya vokal memang power, part tarik pun fuhhhh mantap! She deserves what she deserved that night. Haida pun bagus tapi tak sebagus performance mingu lepas. Hazami pun sama, dah cantik dah dia nyanyi lagu Allahyarham Sudirman tu tapi dia terlampau menari sampai nyanyian dia tak berapa nak cantik but still enjoy lah tengok performance dia. Aqasha not bad cuma garang betul muka dia atas stage, lagu dangdut patutnya fun tapi vibe tu tak berapa nak sampai. Terkejut dengan performance Tia Jinbara, tak sangka suara sebijik macam Anuar Zain. Lepas ni kalau nak vibe Anuar Zain tapi susah nak contact dia, call je Tia Jinbara :P

I must say, Lan Kristal ni boleh tahan jugak performance dia. Keluar dari genre lain pun cun je atas stage. Syura & Kak Aisyah pun sama. pun sama. Tapi Elyana dengan Firman memang hambar. Elyana tak mampu bawa lagu Wulan & Firman pun masih lagi stick dengan gaya suara dia bila nyanyi lagu Zalikha. Sebenarnya minggu lepas berharap sangat Elyana yang keluar tapi sayangnya Kak Engku yang keluar padahal performance dia jauh lagi baik dari Firman & Elyana. Walaupun Tok Ram komen kata macam nafas ikan but still enjoyable her performance tu nak compared dengan Firman & Elyana. Sedih tengok Kak Engku kena keluar sebab dia boleh pergi jauh lagi. Suara dia sedap, performance pun best tapi keputusan bukan ditangan kita kan. I love her words before leaving GV4
Seni itu agak halus. Anak seni juga agak jujur di atas pentas

Untuk performance minggu ke4 dengan tema Berdua Lebih Baik, semua peserta akan menyanyi secara duet dengan artis undangan. Here a compelete list :

Liza Hanim:
Dirgahayu - Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza
Pasangan duet - Hafiz Suip

Firman:
Biar Menjadi Kenangan - Reza & Masaki Ueda
Pasangan duet - Misha Omar

Lan Kristal:
Naluri Cinta - To'ki & Rohana Jalil
Pasangan duet - Siti Nordiana

Hazami:
Jangan Pisahkan - Deddy Dores & Mayank Sari
Pasangan duet - Azaharina

Tia Jinbara:
Arjuna Mencari Cinta - Dewa
Pasangan duet -Aweera

Aishah:
Ceritera Cinta - Jaclyn Victor & Rio Febrian
Pasangan duet - Innuendo

Syura:
Selasihku Sayang - Datuk Ahmad Jais & Datin Rafeah
Pasangan duet - Bob

Aqasha:
Cinta Ini Membunuhku - D'Masiv
Pasangan duet - Tomok

Elyana:
Aku Yang Tersakiti - Judika
Pasangan duet - Aepul Drama Band

Tak sabar nak tunggu performance 10 peserta minggu ke4 ni. Harap Hazami & Haida boleh topup balik minggu ni and naik dalam Top 3. For those yang belum tengok lagi GV4 Minggu 3, boleh tengok dekat sini :)


Thursday, 16 November 2017

Throwback Thursday : Pintu

Dah lama tak update pasal kisah hidup sendiri, asyik movie review tak pun pi makan mana kan? Mesti ada yang cemuih dah hihu.

Saja ja nak sembang pasal pintu bilik sendiri. Tak tak ni bukan kisah seram malam Jumaat malam Keliwon takde. Since diri ni perempuan, merajuk tu memang makanan harian? Ke mingguan? Yang pentingnya memang akan ada drama. So kalau menyampah je dengar mak membebel mesti hempas pintu. 

Segala pintu yang ada semua dibantainya. Kira dah hempas pintu tu satu kepuasan lah. Kalau pintu tu tak terhempas kuat, sanggup acah keluar ambik barang dekat luar bilik ataupun pergi bilik air lepastu hempas lagi sekali. Tanda protes.

Duduk rumah kuarters askar ni memang semua pintu jenis tebal so kalau hempas memang dia punya berdentum zahabedah kuat. Memang syok la kalau tengah rebel ataupun merajuk. Tapi bila pindah dekat rumah kampung, pintu dia biasa je. Sebab suka sangat hempas pintu sampai tercabut pintu tu. Sudahnya ayah guna langsir je gantikan pintu. 

Bila suruh dia pasang pintu dia malas nak layan. Guna la alasan malu nak tukar baju sebab dah anak dara lah nak privacy lah tapi semua tak kena layan. Padan muka lah pintu hancur cenggitu. Nak buat drama pun dah tak mampu. 

Bila masuk asrama lagi lah tak wujud drama hempas pintu. Celah mana pun nak hempasnya kalau pintu kongsi satu bilik. Boleh hempas pintu loker je itu pun takde bunyi. Lagi syahdu bila nak tutup pintu kena kunci sekali. Sudahnya sampai sekarang dah tak pandai dah hempas pintu dah. 

Tapi sejak kerja ni, pintu kabin ni kalau hempas sedap jugak bunyi dia. Kalau ada orang yang malas nak dilayan hempas je pintu kuat-kuat. Kalau nak cover, cakap je angin :P

Ye pintu kereta memang tak berani nak hempas sebab ayah sayang kereta. Gila nak hempas kuat, tak memasal kena rotan terus sebab rosakkan kereta. Tutup kuat sikit pun dah jegil mata dah hihu. Dah ada kereta sendiri ni memang memahami sangat la perasaan tu. Kalau ada yang tutup pintu kereta kuat sikit automatik kepala toleh tengok siapa punya kerja. 

Hal kereta ni memang uiiissyyhhhh boleh kering poket kalau tak jaga betul2. Kan? Kbai.

Wednesday, 15 November 2017

Movie Review : Commando 2

Image result for commando 2 review

Director : Deven Bhojani
Cast : Vidyut Jammwal, Adah Sharma, Esha Gupta, Freddy Daruwala, Shefali Shah
Genre : Crime/Action
Trailer :


First of all, I'm watching this because of Vidyut. Tak, bukan sebab dia handsome hot berketak tapi sebab dia ni kalau berlakon action scene memang power since dia buat sendiri semua stunt, dia tak guna double body ataupun harness bagai. Commando 2 ni sequel kepada movie Commando tahun 2013 dengan genre yang sama & watak yang sama, Captain Karan cuma storyline je yang berbeza.

Untuk Commando 2 ni Captain Karan ditugaskan untuk cari Vicky Chadda atas kesalahan money laundering yang bersembunyi di Malaysia. Funny thing is masa dia mention Malaysia, happy betul ada scene dekat negara sendiri tapi hampanya rasa bila dia cakap Malaysia tapi sebenarnya Thailand. Whyyyy :(

Tapi ada polis Malaysia dalam scene Karan & the gang jumpa penjenayah tu dekat safe house dia. Help? I'm confuse?


Lagi confuse bila ada hacker polis yang mati sebab kena tembak dekat bahu. Itupun darah sikit gila like what? Jap jap tengok ni untuk murung bersama


Rasanya ni movie debut Adah Sharma but instead of making it great she turned out to be pale. Dalam movie ni dia just masuk untuk jadi cantik je. Just another flower pot. Sayanglah talent got wasted just like that. Dia try hard sangat nak jadi polis yang bubbly & funny. But all praise to Esha Gupta like always. Tapi geram jugak lah dengan director, seriously dalam movie ni female casts horny kemain?

Tak macam Commando 1 where storyline cantik and fresh, tapi yang ni huru-hara memang asal ada je plot dia. Shefali Shah yang berlakon sebagai Menteri Dalam & Luar Negara pun hancur padahal Shefali Shah kot bukan calang orang pelakon dia dalam ni. Semua bagus tapi tu lah, storyline dia buatkan movie ni hancur. 

Kalau tengok Commando 2 ni untuk action stunt dari Vidyut Jamwal, yes movie ni berbaloi. Sebab storyline dah hancur, banyak scene huru-hara, lagu pun tak best. Ada satu lagu dekat credit scene, Hare Krishna Hare Ram best tapi puja Tuhan diorang lah pulak. I'm torn :(

First half movie ni dah cantik tapi bila masuk second half, Vidyut je lah yang jadi penyelamat. Action stunt dia memang top notch, memang tak rugi layan Commando 2 kalau penggemar movie action. Cuma ada part yang dia berlawan dengan orang bawahan VK, director shot guna hidden camera I guess memang potong stim. Sebab kita nak tengok martial art technique tapi yang nampak sikit je. Wei, mana ada orang guna camera tu kalau untuk fighting scene. Every muscles are vital onscreen. Dah lah second half je fighting scenes haihhhh

Related image

Hampa sangat tengok movie ni sebenarnya sebab amazed bila tengok Commando 1 nak pulak bila diorang decided nak buat sequel expectation tu memang tinggi sangat plus Vidyut jarang berlakon dekat Bollywood movies, dia lebih ke Telugu. Bukan senang nak tengok action movie sebab nak hasilkan movie action pun makan masa belum masuk kalau pelakon tu injured sampai kena surgery bagai macam Hrithik dengan John Abraham. 

Bila dah ada movie macam ni & pelakon fav pulak onscreen tapi hampanya bila movie tu hancur but its okay lah at least enjoy tengok fighting scene & stunt dari Vidyut dalam movie ni. BUT if you guys belum tengok lagi Commando 1, do watch it. Its highly recommended from me. Memang gempak. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4. Storyline +0, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought 0 = 4.9/10

Movie Review : Lucknow Central

Image result for lucknow central

Director : Ranjit Tiwari
Cast : Farhan Akhtar, Diana Penty, Ronit Roy, Rajesh Sharma, Grippy Garewal
Genre : Thriller Crime
Trailer : 

I always have soft spot for Diana Penty, beauty and talented. Last year tengok movie dia, Happy Baag Jayegi, tahun ni dalam movie Lucknow Central tapi sayang lah sebab screentime dia tak banyak pun dalam movie ni & watak dia strong tapi the way director portray her character macam hambar sikit. 

Lucknow Central ni mengisahkan tentang Kishan Mohan (Farhan Akhtar) yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati untuk satu kes pembunuhan seorang pegawai keselamatan lepas dia balik dari konsert. Kishan ni memang dah lama nak ada band tapi lepas dia masuk penjara, impian dia terkubur.  Dalam masa yang sama, menteri di Uttar Pradesh tu nak satu band dari penjara Lucknow Central untuk bertanding dalam pertandingan menyanyi. Disebabkan singing competition ni lah harapan dia untuk jadi penyanyi hidup balik, & dengan bantuan Gayatri Kashyap (Diana Penty), dia dapat tubuhkan sebuah band.

Image result for lucknow central

Before going for the review, fun fact for this movie is this movie inspired from a true events. Pada tahun 2007, ada singing competition antara penjara di Uttar Pradesh so 12 orang banduan di Lucknow Central ni dipilih & dilatih oleh warden penjara, Noor Muhammad yang membesar dengan muzik since ayah dia pun ada band jugak. Kos untuk peralatan muzik ni semua hasil daripada fundraising masyarakat di situ. Masa Republic Day, band Healing Hearts ni perform lepas berbulan gigih practice & dari situ diorang dah start dapat tempat di hati peminat & lots of invitations macam perform dekat kenduri kahwin, private events or even official ceremony. Habis je perform, diorang akan balik semula ke penjara lah sebab most of them dapat hukuman penjara seumur hidup. Band Healing Hearts ni memang sentiasa update dengan latest Bollywood songs untuk penuhi permintaan fans & customer diorang. Dekat penjara Lucknow Central ni ada satu kaunter khas untuk booking band Healing Hearts perform dekat majlis diorang. 

Image result for lucknow central review
Barisan pelakon bergambar dengan band Healing Hearts
Okay, back to the review. Movie ni memang entertaining sebab lagu-lagu dalam movie ni pun best tapi geram pulak sebab Farhan tak guna suara sendiri pun dalam movie ni. But Rangdaari memang menusuk. Arijit Singh ka jadoo kan, macam biasalah. ;)

Actually storyline movie ni strong jugak lah tapi sebab dah terlampau banyak sangat movie based on the same plot, rasa macam eh cliche sangat tau uolls. Masa tengok movie ni rasa macam tengok drama Korea, Defendant and a strong mix with Shawshank Redemption movie. Even movie Qaidi Band pun buat kisah yang sama. T.T

Instead of ubah storyline movie ni, I guess better Rajesh Tiwari cedok kisah band Healing Hearts je since they got a beautiful story to tell the world and this movie can give strong powerful social message compared to this one. Mungkin director nak tampilkan kekuatan quote 

Nobody gets justice; people only get good luck or bad luck - Orson Welles
Yes, memang strong tapi sejauh mana terkesan dalam hati penonton sedangkan nak go through movie tu boleh tahan lenguh jugak lah. 147 minutes tu lama kot. Mungkin ending lagi bagus since ending movie Lucknow Central ni buat orang tertanya-tanya so apa jadi dengan band Kishan? Setakat tu je ke impian Kishan? Kata ahli band ni finally dapat maruah diorang balik lepas semua ahli keluarga pandang hina sebab diorang ni banduan? Macam ada batu besar tau jatuh bila tengok ending. Lots of questions but you cannot find the answers. 

Lagi rasa nak terjongket kening bila ahli band Kishan ni semuanya expert dengan selok-belok penjara tu. By logic, for sure lah warden penjara tu dapat hidu plan diorang untuk lari keluar dari penjara tapi biasalah kan, nama pun movie. What do you expect lol. Instead of giving a brilliant story, its end up being trash sebab logic memang hancur. Don't get me started for the genre. Haihhhhh

Image result for lucknow central review

Movie ni terselamat sebab lakonan Farhan Akhtar & Ronit Roy menjadi plus the songs are entertaining. & not to mention the comical scenes tapi ada jugak scenes yang tak perlu ada dalam pun dalam ni sebab masa terbazir tengok scene mengah. Kalau tengok movie ni secara santai, memang fun lah movie ni sebab tak berat mana pun. Tapi tu lah, kalau movie ni berbeza storyline mungkin impak dia boleh pergi lagi jauh dari yang diterbitkan ni. 

1. Team Production 0, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 5.7/10

13 Reasons Of Why

Image result for 13 reasons why

Dulu masa English series ni tengah top, tak rasa nak tengok pun sebab takde Netflix, so malas nak gigih. Tapi Ahad lepas bosan pulak bila tak layan series. Dah lama kot tak layan series since The Vampire Diaries dah habis. The Orginals dengan Suits pun tak habis tengok lagi sebab dalam tempoh bermurung dengan TVD. Tak boleh move on lagi TVD dah habis.

Tapi dah nak masuk 2018 ni, berazam nak layan balik English series. Hambar pulak bila takde drama dalam kehidupan. At first macam give up jugak lah nak cari link download series 13 Reasons Why ni sebab banyak yang dah mati. Nak tengok online pun tak syok sebab takde english subtitles. Boleh je nak tengok tanpa subtitles tapi nanti kalau ada words baru tapi nanti kalau jumpa yang accent pelik dari yang lain mula lah blur.

Finally jumpa jugak 1 site yang ada complete link dari episod 1 sampai 13. Well series ni mengisahkan tentang Hannah yang bunuh diri sebab depressed dengan life dia so before dia bunuh diri, dia record 13 kaset & pass kepada kawan-kawan dia. Siapa yang dengar kaset tu maksudnya dia ada kaitan lah dengan kematian Hannah. Masa dalam series ni, Clay, kawan baik/crush Hannah yang dengar semua kaset & cuba perbetulkan balik keadaan. Tapi tu lah, walau macam mana pun dia betulkan balik, Hannah tetap dah pergi. Yang menyesal pun dah tak berguna dah. 

Image result for 13 reasons why

Emosi tau tengok series ni sebab director portray kehidupan high school ni memang stress sangat. Buli tu memang dah jadi makanan harian dah. At first rasa macam Hannah ni ratu drama, ada je yang dia tak puas hati. Ada je yang dia nak upset tapi bila dah hujung series baru faham kenapa dia ambil keputusan untuk bunuh diri. But still tak boleh terima kenapa dia bunuh diri sebab dia sepatutnya faham keadaan orang lain jugak because basically semua pun ada masalah masing-masing, bukan dia sorang je. Plus, Clay tu memang sayang dengan dia. Lebih kesian dekat Clay sebenarnya. Emosi betul tengok series ni sampai kena get ready kotak tisu dekat sebelah since Katherine memang power betul main dengan emosi. 

Tapi tak se-emosi macam The Vampire Diaries lah sebab TVD dia punya soundtrack pun syahdu kena betul dengan scene. Daripada hati kental jadi hati tisu jugak. Siapa yang belum tengok series ni, memang recommended sangat since one of their objectives pun nak sebarkan awareness tentang bully & depression. Nampak benda tu macam remeh je tapi sebenarnya effect dia boleh tahan teruk jugak. Plus, semua pihak mainkan peranan dalam isu ni. Kawan-kawan, guru sekolah, guru kaunseling, ibubapa and the list goes on...

Image result for 13 reasons why

Harap ada Season 2 sebab nak tengok Clay lagi haha kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...