Rating Staf TM

By farhanna jafri - 17:51

Dari zaman belajar lagi jadi pengguna TM ni. Dari Streamyx membawa ke Unifi. Segala jenis problem pernah hadap. Tapi yang paling kerap haruslah line slow & line chipsmore. Kejap ada kejap tak ada. Bila kita call 100 haruslah jawapan dia, cuba restart modem tu. Jawapan yang tak perlu bagitahu pun kita dah tahu dah. Kadang tu sampai naik muak dah dengar.

Tu belum masuk part line slow sebab construction MRT kacau line TM. Tapi tiada tindakan dari TM pun. At least bagi rebate ke, bayar kurang sikit compared previous month ke. Yillek. 

Kadang rasa nak tukar pergi network lain tapi terikat dengan contract satu hal, malas nak labur duit beli device baru satu hal. So stay je lah dengan yang satu ni. 

Pernah sekali tu pindah rumah isi borang relocation semua, technician datang dah siap install tiba-tiba mintak relocation charge. Pelik jugak sebab pihak TM takde pulak sebut pasal charge ni. Katanya pindah lebih dari satu kali, kena charge. Masa tu buat muka blur campur kesian je sebab takde cash in hand. Ada pun RM20 je so dia accept lah. 

Isnin lepas pergi TMpoint sebab nak relocation lagi, tanya dia berapa exact amount untuk relocation charge? Terkejut dia dekat situ katanya tak pernah wujud pun relocation charge. Melainkan kena tambah wiring untuk installation dia memang akan charge lah. Tapi masa tu mana ada tambah wiring ke apa, technician tu terang-terang kabo relocation charge. Rupanya kena tipu. Nasib bagi RM20 je, kalau bagi ratus? Tak memasal je duit hangus. 

Selama meroyan dekat TM tak pernah lagi bagi rating 0 dekat staf dia tapi haritu geram sangat dengan service staf tu, kebetulan pulak ada kredit, laju je bagi 0. Ingatkan habis dekat situ je rupanya TM akan call tanya kenapa bagi rating rendah. Baru tahu kalau bagi 8 hingga 10 je TM berpuas hati. Lepasni boleh lah bagi rating 0 kalau rasa nak meroyan berganda. Ada kawan bagi rating 0 laju pulak diorang datang buat kerja. Tapi memang cenggitu lah pun selama ni. Dah kena marah bagai baru nak bergerak tangkas dan efisyen. 

Hari ni technician nak datang rumah install Unifi so lepas ni boleh lah blogwalking belah malam & aktif balik blogging. Tu je nak bagitau, seminggu dua ni tak dapat nak blogwalking sebab pindah rumah pastu tunggu TM survey area ni ada line Unifi ataupun tak. Lepas seminggu baru jumpa jawapan. Nasib jumpa, kalau tak dah kena ready duit nak terminate huhu.

I should put an end for my rant now. See you guys later! 


  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Semoga dipeemudahkan segala urusan masuk ke rumah baru.

    Rumah kak ana sampai la ni xde lagi slot utk unifi. Yg ada Streamyx je so tak berbaloi nak subscribe. So guna data je skrg. Senang.

    ReplyDelete
  2. Saya belum pakai unifi, belum seimbang fulus.. hihi... Mungkin diaorang ada KPI, bila ada report camtu memang lajulah dibetulkan...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)