Nom Nom Nom : Grella Food Truck

By farhanna jafri - 01:12

Balik kerja semalam tak tahu nak pergi mana so singgah lah kejap dekat kedai makan ni sebab kalau makan area sini amboi bau dia kemain mengundang tau. Nak pulak bau kambing bakar dia. Minggu lepas nampak ramai sangat orang datang makan kedai ni tu yang saja menyinggah nak jugak tahu level sedap dia jauh mana pergi. Nak pulak dia punya tagline tu amboi sangat, 'You Try, You Know'.

 

Yang bestnya dekat Grella ni nak park kereta memang senang sebab lokasi dia dekat kawasan kilang so belah malam memang tak payah berebut tempat walaupun ramai. Tapi kalau pergi hari biasa tak ramai sangat pun. Weekend penuuh jugak lah. 





Restoran ni kecil je so kalau ramai tu faham sendiri lah sesak dia macam mana. Since pergi hari biasa, service tip top lah. Nak tunggu makanan sampai pun tak lama. Dalam 10-15 minit je lepas order.

Image result for grella food truck

Disebabkan ni first time datang & lepas berapa kali belek menu dia tapi still tak tahu nak makan apa, dalam menu Grella ni dah siap tulis dah [Kalau tak tahu nak makan apa, pilih lah O.M.G set!]

Orang dah tolong suggest tu, kita ambik lah kan? Malas nak buang masa lama sangat sebab perut pun dah berkeroncong teruk sangat.

             

O.M.G. set dia besar jugak lah. Semalam makan berdua dengan adik memang rasa macam ular sawa dia punya kenyang. Bukan takat kenyang lagi dah, tahap muak, sengkak, senak semua ada. Memang kenyang kalau ambik set ni. Harga satu set ni RM35, I can say berbaloi. 

Dalam set O.M.G. ni ada meatball, chicken grill, lamb grill, sosej bakar, fries, telur separuh masak dengan salad. Meatball dia buat sendiri tau. Terasa daging tu. Selalunya makan meatball terasa lah tepung lagi banyak dari daging but this one memang lebih daging. Telur separuh masak dia best. Exactly like what I love. Dia punya telur kuning half baked tapi tak cair meleleh. Semua dalam set ni sedap except fries dia. Gemuk tapi hambar. Maybe sebab dah lama sangat beku kot. Dia tak rangup sangat. 

                

Apart from O.M.G. set tu, kitorang order set mushroom soup dengan french bread. French bread dia sedap tapi mushroom soup dia terlebih herbs & spices so dia rasa strong sikit tapi kalau makan dengan makanan lain, sedap je. Kalau makan kosong strong sikit lah. Soup dia pun banyak, makan dengan O.M.G. set buat cicah memang sama banyak je. Berbaloi lah RM7.

For drinks kitorang order white coffee, RM3. Not bad lah rasa dia cuma cair sikit but still boleh minum. Even RM3 tapi dia sediakan dalam teapot kecil. Dua kali tuang dalam cawan dia. Nasib kongsi air kalau tak celah mana nak sumbat air dalam perut sebab perut dah penuh. 

Actually nak order lasagna  dengan tuna mornay tapi dah habis. Next time nak datang makan lagi dekat sini sebab nak try dia punya burger & pasta since menu yang kitorang order ni sedap & memuaskan hati. 

Nak lepak sini pun not bad jugak sebab ada reading section pastu kedai ni open concept bila kena angin tu sempoi je. Nampak tak ada tag JJCM tu? So dia punya best tu I approved. Service okay, cutlery dia pun bersih, kedai pun bersih even dapur bersih, so no worries. 

  

I'm not sure lah kalau food truck dia macam mana sebab yang famousnya, food truck dia bukan kedai dia tapi kalau kedai pun dah best, food truck pun sama level je lah. Rasanya ada delivery service & catering service so you guys can contact them here.


Kalau nak datang lepak sini, waze je No. 15, Jalan Appolo, U5/191, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam. 

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. sha tengok gambar pun dah terliur ni. cantik kedai dia

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. berbaloi juga lah harga dengan rasa & kuantiti tu

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. sedap... sedap.. sedap...

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #32. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2017/09/senarai-url-blog-32.html

    ReplyDelete
  4. Adui... terliur pula tengok gambarnya... heheheh

    ReplyDelete
  5. Kena makan ramai2 br tak kekenyangan mcm tu. Sedap nya nampak. Lapar tetiba.

    ReplyDelete
  6. Harga agak mahal tapi mmg berbaloi dengan apa yang dihidang. Tambahan pula mmg nampak sangat lazat. Hope nanti dapat try makan kat sini nanti.

    ReplyDelete
  7. memang OMG laa tengok makanan die..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)