Movie Review | Tombiruo : Penunggu Rimba

Thursday 26 October 2017


Pengarah : Seth Larney & Nasir Jani
Penulis Skrip : Ramlee Awang Murshid
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Dynas, M. Nasir, Marlia Musa, Faye Kusairi
Novel Adaptasi : Tombiruo karya Ramlee Awang Murshid
Syarikat Produksi : Astro Shaw, Layar Sunan Karangkraf, Ideate Media, AMC Studio, IDW Entertainment.
Genre : Sains Fiksyen / Aksi / Thriller
Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2017 (Malaysia, Singapore & Brunei)
Durasi Tayangan : 115 minit
Trailer :




First of all, Zul Arifin.


Okay saja je ikut trend pffttt. Okay, here goes my review.

I'm not sure dari bila muncul hype on Tombiruo movie. Masa tu pun ternampak je PC untuk movie Tombiruo ni dekat youtube, team production kenalkan semua cast & of course I'm shocked tengok julripin dah kurus sangat. Masa tu mood tak sampai lagi, tengah in doubt lagi mampu ke diorang ni buat movie based on novel sebab mostly ramai yang gagal. Nak pulak movie fiksyen macamni. Tapi lepas tengok trailer terus berkobar rasa nak tengok dekat cinema. Why cinema? Sebab audio system diorang power lah hihu.

I'm not familiar with Seth Larney tapi dia pemenang award untuk Best Direction tahun 2015 so tu antara faktornya kenapa korang wajib tengok movie ni. Seth pernah join team production X-Men untuk bahagian visual effects so yeah kalau korang fascinating dengan sinematografi & VFX Tombiruo, this is the answer. Seth's magic everyone! 


Yang bestnya dalam movie Tombiruo ni ialah sinematografi dia, TOP-NOTCH! Susah tau nak jumpa movie local yang power bab ni. Geram tengok establish shot untuk rumah Ejim (Zul Ariffin)  & Pondolou (Faizal Hussein). Gunung Kinabalu looks so breathtaking up there! Tapi bila banyak kali keluar pun rasa ermmm dekat area tu ada jugak tempat lain yang cantik and where the hell is Bunga Rafflesia? Seketul pun tak nampak. Slo-mo pun cantik dalam movie ni & sampai sekarang ni still lagi teringat-ingat scene Wong tembak cylinder gas & peluru kena Tombiruo tu. Cantiknya ya tuhannnn, macam tengok movie Hollywood! Cuma slo-mo bila banyak sangat dia jadi mengah. Nak pulak slo-mo banyak dekat scene peluru. Maybe Seth nak ulang kejayaan movie The Matrix kot dalam Tombiruo. 


Storyline dia tak sarat mana pun, biasa je tapi yang buat kena gam dekat seat tu sebab visual dia cantik sangat. I’m in awe! I’m not sure lah kalau yang dah baca novel tu puas hati dengan movie Tombiruo ni ke tak sebab I belum baca lagi tapi tengok dekat socmed ramai yang puji movie ni memang tak lari jauh dengan novel. Lagipun penerbit movie ni R.A.M sendiri kot, takkan lah dia nak biar karya dia lari kan. Kena faham lah satu novel bila masuk jadi movie dia kena guna durasi masa tu betul-betul. Plot twist dia pun boleh tahan jugak lah tapi tak power macam dalam novel.

Starting movie ni pun dah buat meremang bulu roma bila tengok scene Monsirou selamatkan Tombiruo dari dibunuh dengan ayah dia. & scene Ejim bergaduh dengan Amiruddin tu bila Monsirou panggil semangat Tobugi tu wei creepy! Rasa macam real sangat. Farah Ahmad, you did justice for that role! You go girlllll!

Image result for tombiruo

Bab acting chops, need I elaborate more since they got a super fantastic casting. I’m a fan of Zul Ariffin & Farid Kamil for action genre movies. Semua I tengok & semua I suka sebab both of them memang work hard on their role & buat stunt sendiri. Action scene memang wowww. Ada la part yang amboi jauh betul melayang, sound effect dia pun amboi kau tapi I okay je.  Zul patut menang award untuk Tombiruo sebab tanpa dedahkan muka pun dia mampu guna bahasa badan untuk reflekskan perasaan dia. Pakai topeng pun dia mampu jadi sweet tau uollssss

Cumanya part Datin Marlia dengan Dato’ M.Nasir tu macam awkward sikit. Diorang segan sweet2 depan kamera ke macam mana? Sebab masuk scene Datin dengan Dynas cantik je dia berlakon but it’s a minor glitch lah lagipun tak effect walau sekuman pun gittew. Lagi satu, anak Amiruddin tu kenapa la tak ambik Che Mad je yang berlakon. Watak Atu Zero dalam ni suam kuku je, dia buat lawak pun biasa je. Tak payah ada pun takpe.


Masa first half movie ni ingatkan watak jahat tu Baizura (Dynas) sebab awal lagi dia dah bagi statement kejam dekat Wan Suraya (Nabila Huda) pasal company ayah dia dengan projek Anak Bumi. Tapi rupanya dia kambing hitam je. I'm not sure diorang guna shot apa masa Baizura balik rumah tu whether close-up ataupun medium shot sebab Dynas nampak besar sangat terkejut ittew tengok dia tapi masa dia sembang pasal plan dengan Wong tu okay je kurus macam biasa je. 

Big applause for every character yang mampu speaking dalam Bahasa Kadazandusun because sedap je didengar, tak rasa macam kaku or kekok pun cuma Pondolou lah I wonder sikit dia bangsa apa sebab loghat Sabah dia pun tak pekat tapi gaya bahasa dia baku kemain, nasib lah screentime dia kejap je.

Image result for tombiruo

For those yang belum tengok lagi, go watch it guys sebab movie macam ni memang wajib tonton. 10 tahun akan datang pun movie ni still lagi relevan. Jumlah kutipan sekarang ni baru cecah RM5 juta padahal modal untuk movie ni RM6 juta so please jangan tengok online, jangan tengok cetak rompak but go to the nearest cinema & feel the excitement okay? Harap sequel nanti sama power macam yang ni.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 =  8.5/10

And lagi satu, movie LAKSMANA SUNAN dah CONFIRM!!!!


6 comments

  1. Salam singgah. Awak dijemput join GA saya! Banyak hadiah nak bagi ni ;)

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    Btw tombiruo mmg best. tak rasa pun 2 jam kt dalam tu..err, movie laksamana sunan tu mmg betul confirm ker?

    ReplyDelete
  2. Best kan cerita ni, husniey pun dah tengok..
    Syok lah jugak sesekali layan genre actions best jugak ^^

    ReplyDelete
  3. Kalau nak dibandingkan dengan novel, memanglah ada bezanya tapi dalam filem ni tetap ada sisi yang menarik untuk ditonton. Masa ai tonton filem Tombiruo ni hari tu, couple seat jadi triple seat sebab anak kejap nak diriba, kejap nak duduk seat sendiri.. huhuhu.. alahai anak.. tak puas ibu nak tengok tau..

    ReplyDelete
  4. Honestly belum tengok....hahaha....the main reason belum tgk sebab si kecik yaya...bertabahlah =,)

    ReplyDelete
  5. Tak sempat tengok lagi. Hrap berkesempatan tgok lah . 😊

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.