Kisah Legenda Mitos Padmavati

Friday 27 October 2017

Bollywood fans especially fans Deepika Padukone mesti tengah tak sabar nak tunggu bulan Disember ni sebab kemunculan movie Padmavati dibawah arahan Sanjay Leela Bhansali yang pernah menghasilkan movie saga Bajirao Mastani, Hum Dil De Chuke Sanam, Black & Devdas. Dalam movie Padmavati ni turut dibintangi Shahid Kapoor & Ranveer Singh.

Sepanjang penggambaran filem Padmavati ni, dah banyak serangan yang berlaku kepada team Padmavati sebabnya penduduk Rajashtan benci dengan jalan cerita movie ni di mana Padmavati bercinta dengan Alauddin Khilji sedangkan dalam mitos sejarah Rajashtan, India, Sultan Alauddin Khilji (Ranveer Singh) datang tawan Chittor sebab terpesona dengan kecantikan Padmavati (Deepika Padukone) & berhasrat untuk dijadikan isteri.


Padmavati pula menolak lamaran Khilji kerana Padmavati merupakan isteri kepada Rawal Ratan Singh (Shahid Kapoor). Disebabkan lamaran ditolak, Khilji datang secara paksa tapi askar Ratan Singh kalah dan demi menyelamatkan maruah diri, Padmavati & dayang-dayang dia korbankan diri di dalam api marak. Disebabkan pengorbanan tu, Padmavati diangkat menjadi hero untuk penduduk Rajashtan terutamanya kaum wanita.

Image result for padmavati
Rawal Ratan Singh

Image result for padmavati
Rani Padmini

Tapi sayangnya, pakar sejarah di India menolak kewujudan Ratu Padmavati ataupun nama sebenarnya Padmini sebab tak ada langsung bukti kewujudan ataupun tinggalan sejarah. Cerita ni berlaku pada tahun 1303 pada zaman pemerintahan Alauddin Khilji, salah seorang pemerintah Islam di India. Kewujudan Padmavati diragui sama jugak dengan kewujudan Ratan Sen. Ada yang kata Ratan Singh tu cuma manusia biasa, budak suruhan yang diangkat menjadi pemerintah, ada yang kata bukan pemerintah sebaliknya adik kepada pemerintah Chittor waktu tu.


Di bangunan tinggalan sejarah ni lah kononnya SAK dikatakan ternampak biasan wajah Padmavati tapi ramai pakar sejarah menolak cerita tu sebabnya senibina bangunan ni dikatakan agak moden kalau nak dibandingkan dengan senibina era 1303.

Dan yang paling hangat diperdebat ialah kewujudan Padmavati dalam kehidupan Khilji. Kalau ikutkan catatan sejarah Delhi masa tu, Alauddin Khilji datang tawan Chittor bukan sebab terpesona dengan Padmavati tapi untuk luaskan empayar pemerintahan di India.

Sultan Alauddin Khilji ni pemerintah yang power dalam pentadbiran, ekonomi & perang. Askar dia memang kuat tapi masa dia tawan Chittor, dia terpaksa berdepan dengan askar Mongolia menyebabkan ramai askar dia yang mati. Because of that, dia & askar lari berlindung di Siri Fort. Kalau diikutkan cerita perang Khilji ni, memang tak sempat sangat dia nak fokus dengan kecantikan Padmavati sebab busy berperang.

Image result for alauddin khilji

Walaupun dalam mitos sejarah India, Sultan Alauddin Khilji ni digambarkan sebagai raja yang zalim, kejam, gila seks tapi zaman pemerintahan SAK la yang paling bagus dalam era Dinasti Khalji. Cukai tanah, cukai pendapatan, cukai rumah, harga lantai & harga siling, rationing system diperkenalkan oleh dia. Semua ni dilakukan untuk membantu rakyat dia yang miskin dan menambah dana untuk angkatan tentera dia.

Alaudin Khilji coins

Pada zaman ni, korupsi & rasuah berleluasa sehinggakan diorang rasa masalah ni tak dapat nak dibendung lagi dah tapi SAK mampu hapuskan dengan wujudkan unit khas membanteras rasuah. Yang terlibat dengan rasuah akan dipancung kepala oleh SAK sendiri. SAK dikatakan menghabiskan masanya 16 sehingga 18 jam sehari dengan bekerja demi negara dan rakyatnya. Penampilan SAK yang digambarkan dalam movie Padmaavat pula nampak grand tapi hakikatnya cuaca di India pada masa tu sangat panas tambahan pula di Rajashtan yang majoritinya kawasan padang pasir.

Related image

Untuk memudahkan urusan bekerja dan tugas harian, SAK cuma mengenakan tarbus dan kaftan kapas. Mukanya bersih, tak seperti yang digambarkan oleh SLB, berparut dan berjambang. Muka SAK tak bengis macam lanun. Pakar sejarah mengatakan attitude SAK mempunyai pesona seorang pemerintah dan mempunyai gaya kelas atasan dan tidak suka berhibur. Sebarang bentuk hiburan diharamkan pada era pemerintahannya jauh berbeza seperti yang digambarkan dalam movie. Menari sambil mabuk untuk meraikan kemenangan.

Jim Sarbh sebagai Malik Kafur

SAK mangkat disebabkan sakit tapi tak pasti pula sakit apa. Pemerintahan dia diserahkan kepada pembantu dia yang paling dipercayai iaitu Malik Kafur tapi tak lama lepastu Malik dibunuh & tampuk pemerintahan diserahkan kepada anak sulung SAK, Mubarak Khan. 

Image result for alauddin khilji
Makam Sultan Alauddin Khilji

Related image

Buat masa ni, cerita tentang Alauddin Khilji je la yang paling kukuh pun. Tak pasti dari mana datangnya Padmavati. Tapi kalau diikutkan kehebatan Alauddin Khilji, kaum India memang berdendam dengan SAK disebabkan cukai yang dikenakan ke atas mereka. Pengikut ajaran Syiah pun sama tinggi dendamnya sebab ramai yang dipancung oleh SAK since SAK berpegang teguh dengan ajaran ASWJ.


Disebabkan hal ni, Syiah menyebarkan fitnah yang Khilji ni gay dan merogol keluarga sendiri. Besar kemungkinan cerita Padmavati tu ditulis untuk memburukkan imej Khilji sebab pakar sejarah pun tak jumpa bukti kewujudan Padmavati. Sepatutnya negara India bersyukur dengan Sultan Alauddin Khilj yang bagus dalam strategi peperangan dan berani menentang askar Mongolia pada zaman tu. Tanpa dia, tak wujud lah Delhi dan sebahagian dari India. 

Anyway, movie SLB ni terkenal dengan keindahan set dia walaupun storyline macam mintak penampar. Yang belum tengok trailer movie Padmavati, boleh tengok dekat sini, mana tahu impressed dengan VFX movie ni :)


Update : Malaysia ban movie Padmaavat disebabkan gambaran buruk sikap Sultan Alauddin Khilji yang melampau oleh SLB. 

8 comments

  1. Bukan senang nak buat movie based on myth kan. Byk benda nak kena take into consideration. Semua benda jadi perhatian.

    Apapun jalan cerita ni sgt menarik. Lain dr movie cinta yg biasa tu.

    ReplyDelete
  2. SEJARAH YG SENGAJA DIUBAH TENTU DIPERTIKAIKAN

    ReplyDelete
  3. Mnrik jln citernya tp CR kureng skit lyn citer sjrh.huhu

    ReplyDelete
  4. Finally dpt jwpn.. Thanx ye ..Puas trmnung sy xmgkn krjn islam akn buat bnda mcm ni ..Thank u so muchhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glad my post helps you get rid all confusion on this :)

      Delete
  5. omG agree sangat yang jalan cerita ni macam nak downgradekan seorang pemerintah Muslim zzz. Tapi VFX, outfit, dengan lagu cerita ni memang mantapp. Thanks for this entry ya! :)

    ReplyDelete
  6. salam, good info.. thanks a lot, sebenarnya banyak kisah yang berunsurkan sejarah ni.. diputar belitkan, untuk menampakkan tampuk pemerintahan islam ni kejam, but anyway.. layan jelah, sbb heroin dia cantik.. yg lain tu... comci camca,

    thank ye... info yg sgt bagus..

    ReplyDelete
  7. sma la mcm cerita Dracula untold, yg memburukan sultan muhammad al fateh. huhu sgja nk mburukan tokoh islam

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.