5 Tabiat Yang Biasa Tapi Membawa Mudarat

Tuesday 10 October 2017

Perasan tak yang badan kita mudah sangat sakit. Must we blame it to our antibody or must we blame to bad surrounding? Tapi sebelum tu, blame it on ourselves first! Sebabnya perkara yang kita rasa mudah ni sebenarnya bawa penyakit untuk kita. Benda yang berada di rumah kita sebenarnya jadi agen penyebar bakteria. 

5 perkara ni mengikut kajian doktor boleh mengundang penyakit sebab menyimpan banyak bakteria. 

1. Guna smartphone di dalam tandas.

Related image

Memang ramai yang buat nak pulak sekarang ramai yang main Mobile Legends. Tak pun otp dengan partner memang suka angkut sekali hp masuk toilet kan? Bahaya kepada kita sebab dalam toilet lah tempat paling banyak bakteria. Dari sini lah membiaknya E-coli. 

Kajian Dr Paul Matewele dari  University Metropolitan di London kata menyentuh toilet dalam pada yang sama pegang toilet merupakan satu perkara yang buruk sebab mengundang penyakit & menyebarkan E-coli. 

Even dah basuh tangan pun, dekat hp tu ada bakteria. So, you guys berjangkit balik. Dekat toilet seat, toilet handle, sinki & kepala paip pun ada bakteria. So rajin-rajin lah cuci dengan antibacteria.

2. Tak bersihkan handbag/purse

Image result for handbag and purse

Berapa kali dalam seumur hidup korang cuci handbag atau purse/wallet korang? Mesti ramai yang tak sangka handbag/purse/wallet korang pembawa bakteria kan? So lepas ni kena rajin cuci dengan antibacteria soap lah. Lagi satu, kalau masuk tandas jangan letak handbag atas toilet flush tapi gantung dekat hook yang melekat di pintu tu untuk kurangkan risiko terkena bakteria. 

3. Pakai kasut dalam rumah

Image result for shoes in house

Ever wonder why we cannot bring our shoes inside our house? Sebab kotor, sebab takut bawa najis, sebab penuh dengan bakteria dari luar. Berdasarkan kajian, 39.7% bakteria C.diff melekat di kasut kita. Bakteria C.diff ni boleh menyebabkan cirit-birit. So letak kasut di luar rumah & kalau nak travel, simpan kasut dalam bag plastik letak dalam luggage. 

4. Tak bersihkan remote control.

Related image

TV remote control ataupun ASTRO remote control memang selalu sangat kita pegang tapi berapa kali je kita bersihkan dengan antibacteria detergent? Remote control ni merata perginya dekat dalam rumah. Kalau ada ahli keluarga ramai lagi banyak tangan yang pegang lagi tinggi risiko sebab penuh dengan bakteria E-coli. 

5. Tak bersihkan span pencuci

Image result for washing sponge

Kita gunakan span untuk mencuci rumah tapi lepas guna cuci ataupun buang terus? Kalau buang terus, selamat lah untuk isi rumah tapi kalau simpan & tidak bercuci, kita terdedah dengan bakteria sebab span antara agen pembiak bakteria yang paling tinggi. Kalau nak simpan, cuci gunakan air panas supaya boleh elakkan pembiakan bakteria. 

Dah tahu ni, boleh lah amalkan supaya badan kita tak dijangkiti bakteria & mudah jatuh sakit. Kadang dah cuci tangan, dah makan makanan sihat, makan ubat tapi sakit asyik datang. Lepas ni usahakan yang ni pulak, mungkin dapat ubah sebahagian besar kehidupan kita. :)

4 comments

  1. No 1 tu tak pernah buat so far. No 2 tu nampaknya kena buat lah sbb tak pernah bersihkan betul2 pun. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. nampaknya kakak kena mempergiatkan lagi kesedaran tentang bakteria kat anak2 ni.. em..

    ReplyDelete
  3. Woah.. nak kena praktikkan ni sbg langkah jaga2 manalah tau. sebab family senang jatuh sakit. Thanks for this info :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih ingatkan..tanpa kita sedarkan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.