Monday, 30 October 2017

Penjualan Data Peribadi

Lately dalam seminggu berapa kali dapat call dari ejen insurans, scammers, salesmans dari dalam ataupun luar negara. Kadang bukannya seminggu, dalam sehari boleh dapat banyak call sampai rasa nak tukar terus nombor telefon. Tu belum masuk lagi mesej. How is this happened?

Baru-baru ni Lowyat.net dedahkan data rakyat Malaysia dijual secara meluas & pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia tengah berusaha mencari individu & organisasi yang terlibat dalam hal ni. Mungkin orang rasa benda ni simple je. Alahhh tak payah lah angkat kalau number tak kenal call. Install apps sekian sekian untuk tahu siapa yang call. 

Tapi sampai bila kita nak diganggu oleh golongan ni? Little did you know, data seseorang iaitu nama, umur, nombor telefon, alamat rumah boleh dibeli bermula dari harga RM0.20 hingga RM0.50 seorang. Suprisingly yang menjual data kita ni bukan orang yang jauh dengan kita pun tapi yang ada sekeliling kita antaranya syarikat telco di Malaysia, Jobstreet, pusat perubatan dll. Semua data ni dikumpul dari tahun 2012 hingga tahun 2015. Yang mana tak pernah tukar number phone dalam area tahun tu, kemungkinan besar data dia dah pun dijual & besar kemungkinan dah masuk darkweb dah pun.

Data yang dijual dari syarikat Telco

Data yang dijual dari pusat perubatan

Maybe ada yang nampak benda ni remeh, setakat nama, umur, no IC, alamat rumah tapi sebab benda remeh ni lah boleh wujud identiti kedua. Mana kita nak tahu ada orang guna identiti kita untuk jalankan illegal business. Tahu2 je polis dah datang ketuk rumah. Tu belum masuk kes duit boleh hilang dari akaun bank walhal tak buat sebarang transaksi. 

Tahun 2010, Akta Perlindungan Data Peribadi telah digubal untuk melindungi data kita yang diperolehi dari semua individu atau organisasi yang memproses data peribadi kita dari digunakan oleh pihak lain untuk tujuan komersial. Antara contoh data peribadi yang dimaksudkan ialah :
  1. Nama dan alamat
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Nombor pasport
  4. Maklumat kesihatan
  5. Alamat e-mel
  6. Gambar
  7. lmej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
  8. Maklumat dalam fail peribadi
Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ni, subjek mempunyai 6 hak dalam melindungi data peribadi, antaranya ialah :
  1. Hak untuk diberitahu samada data mereka diproses oleh sesebuah organisasi
  2. Hak untuk mengakses data peribadi
  3. Hak untuk membetulkan data peribadi
  4. Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi
  5. Hak untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan (distress)
  6. Hak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung

You guys boleh baca tentang akta ni dengan lebih lanjut di SINI. Well, lets hope for the best sementara KKM & PDRM menyiasat kes ni & for those yang dah rimas kena kacau dengan semua nombor yang tak dikenali mungkin boleh call Telco provider korang & bagitahu masalah ni before anything bad happened. :)

Movie Review : Toilet Ek Prem Katha

Just like every year, Akshay will come up with a social movie for his fans and country and this time around its Toilet : Ek Prem Katha. Mengisahkan tentang Jaya (Bhumi Padnekar) yang berkahwin dengan Keshav (Akshay Kumar) tapi lari keluar dari rumah lepas dia tahu dekat rumah Keshav tak ada tandas. It supposed to be funny but it is not & this movie is based on a true story of Anita Narre di India sana. 

Image result for toilet movie

Director : 
Cast : 
IMDB Rating : 7/10
Trailer :



First half movie ni agak draggy and I can't find the chemistry between Akshay-Bhumi. Yes, both of them are talented but their onscreen chemistry is nowhere to be found. First half cerita tentang kisah percintaan diorang & macam mana Jaya nak survive tanpa ada tandas di rumah Keshav lepas berkahwin. Setiap pagi sebelum Subuh semua perempuan dekat kampung tu akan keluar ramai-ramai pergi berak dekat semak so masa tu lah diorang akan bergosip sambil berak. 

Idk how they survived for years living like that. Jadi isu bila ada team Bollywood datang buat shooting kacau diorang nak berak sebab malu lah bila orang nampak sedangkan dah tahun 2017 kot. Kenapa tak ada tandas dalam rumah diorang di kampung tu? Sebab melangggar adat & budaya pemahaman diorang di mana dalam rumah tak boleh ada tandas sebab dianggap mengganggu kesucian rumah tu. Rumah tempat kita beribadat tapi tandas tempat kita membuang benda kotor dalam badan. 

Bab romantik kisah percintaan Jaya-Keshav memang on point sebab Akshay memang handal jadi romeo ni tapi movie ni jadi huru-hara bila first half dia dah drag then masuk second half dia nak angkut satu negara masuk sekali dalam masa yang singkat. I feel the excitement of this movie dekat second half bila Keshav start jumpa menteri untuk selesaikan masalah tandas dia lepas bini dia dah lari tinggalkan dia. Siapa je yang tahan duduk dalam rumah yang takde tandas. Kalau nak terkencing terberak semua kena tunggu pagi esok. 


I really love it when director point out bukan salah kerajaan yang tak ambil kisah tapi salah diri sendiri yang taknak berubah bila Keshav beria salahkan kerajaan taknak bina tandas di kampung dia. Sama lah macam dekat negara kita, dah ada kemudahan dari kerajaan tapi rakyat yang rosakkan & susahkan orang lain yang betul-betul memerlukan. & even Keshav dah bina tandas untuk Jaya pun, ayah dia rosakkan sebab melanggar adat & budaya. Tu belum masuk part kecaman yang Keshav terima dari kaum perempuan sendiri sebab berkahwin dengan perempuan berpelajaran tinggi sampai melanggar adat. What a great highlight. Bukan senang nak ubah mentaliti orang. 

Image result for toilet movie

Scene lawak dalam movie ni terhibur nak pulak bila masuk scene Naru tapi ada some part yang terlampau try hard. Terlampau bergantung dengan Sunny Leone untuk buat lawak pun tak boleh jugak sebab mengah bila tengok. Soundtrack movie ni hambar tak macam movie Akshay yang lain tapi lagu Hans Mat Pagli deserves to be in the playlist. 

I wish diorang tunjuk how chaotic public servants bila tandas dekat pejabat kena kunci sebab part tu kira strong part jugak lah yang menggerakkan movie ni. Dari 11 bulan permohonan jadi seminggu je memang kena ada something powerful lah. Like I said earlier, second half memang huru-hara. Tak hairan pun lah macam mana movie ni boleh dapat kutipan tinggi sebab fans Akshay Kumar yang naikkan kutipan while for me, movie ni gagal in terms of entertaining & educating. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.5/10

Saturday, 28 October 2017

Movie Review : A Gentleman

Related image
Director : Raj Nidimoru and Krishna D.K.
Cast :  Sidharth Malhotra, Jacqueline Fernandez, Darshan Kumaar, Suniel Shetty, Hussain Dalal
IMDB Rating  : 7/10
Trailer :  



From Bang Bang 2 to Reload to A Gentleman. I guess title A Gentleman suits better kot with this movie ni kena lah dengan dia punya character yang sunder & risky tu. A Gentleman mengisahkan tentang kehidupan dua watak yang berbeza, Rishi seorang perisik unit khas di India dan Gaurav Kapoor seorang pegawai pemasaran di Miami. Dua kehidupan & perwatakan yang jauh berbeza tapi disebabkan satu insiden yang berlaku & viral menyebabkan semuanya berubah. K I hate synopsis. T.T

A Gentleman antara dalam list movie yang nak sangat tengok sebab :

1. Sid Malhotra
2. Sid Malhotra
3.Sid Malhotra
4. Sid Malhotra
5. Sid Malhotra

Related image

Hihu he's so hot & I cannot help it. Sorry fellassssss.

I already watch 2 movies of Raj & D.K - Go Goa Gone & Happy Ending. GGG memang best tapi HE average je. So lepas 3 tahun lepas kegagalan HE, this duo come up with A Gentleman. Tbh, I tak follow up sangat pun progress movie A Gentleman since busy dengan kerja cuma tahu lah siapa casting & production team sebab movie ni dari tahun lepas lagi dah heboh dah. Sepatutnya jadi sequel kepada Bang Bang movie Hrithik Roshan & Katrina Kaif tahun 2014 tapi diorang decide untuk gerak sendiri. 

Bila gerak sendiri haruslah kena keluar idea sendiri & diorang still kekalkan genre yang sama, action romantic comedy. Untuk action, yes movie ni memang sarat dengan action since spy memang bersepah dengan misi sana sini and I enjoyed every scene tapi ada problem sikit dengan romance genre. I agree gabungan Sid & Jac memang looks beautiful onscreen tapi sayang chemistry takde. Nampak awkward walaupun both of them have great physical figure but zero chemistry I'm sorry I cannot approve this jodi. But I gotta say that pole dance is top notch, I really love it. But apart from that, Jacqueline dalam movie ni memang buang masa je lah.



Jacqueline = the flower pot heroine (heroin tempek, masuk dalam movie untuk nampak cantik je)

Selain dari Sid yang hot mata Iolls ternampak Darshan dalam movie ni wow oh wow! Bukan sebab hot tapi sebab dia punya lakonan paling mantap dalam ni oh em jiiiiii! Seriously lepasni tolong lah ambik dia jadi hero. Dia berlakon jadi baik, innocent, husband yang supportive dalam movie Mary Kom, menjadi. Dia berlakon watak jahat, spy yang hati kering pun menjadi. He deserves an award for this! Walaupun screen time dia tak banyak sangat but hey, he steals the show! 


First half movie ni memang best, flow cerita dah cantik dah tapi masuk second half dia dah jadi hambar sikit sebab dia bagitahu rahsia movie ni awal sangat. So dekat second half tu dah tak banyak sangat dah suprise element or suspense tu. Kira second half tu kau layan je sisa popcorn yang tertinggal. Nasib Sid yang berlakon. Semangat jugak lah nak tengok sampai habis :P

If you guys nak relaks nak tengok movie, nak enjoy just watch this movie. Untuk santai & harapkan movie cliche tapi lawak, this movie is definitely your choice. Lagu dia pun semuanya best especially Bandook Meri Laila my current fav song!

Kalau movie under Fox Star Studio tak payah risau pasal cinematography dia sebab memang letops! View dekat Miami memang cantik. Tapi kalau dah ada Sid dekat dalam movie tu, yang tak cantik pun jadi cantik hewhewhew

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 =  5.5/10

Friday, 27 October 2017

Movie Review : Jagga Jasoos

Related image

Director : Anurag Basu
Cast : Ranbir Kapoor, Katrina Kaif, Saswata Chatterjee
IMDB Rating : 6.5/10
Trailer : 


I can say this movie is a musical movie just like Barfi! since director pun orang yang sama, Anurag Basu & pelakon pun sama, Ranbir Kapoor. & just like Barfi!, hero ada kecacatan tapi benda tu jadi highlight dalam movie. Macam Barfi! hero pekak & bisu but cute & funny. Dalam JJ pulak hero gagap so he use songs to interact with others. That's why movie ni jadi musical. & yes, the only one actor yang terbukti mampu bawak watak ni haruslah Ranbir since dia dapat award pelakon terbaik dalam Barfi!. 

But is Jagga Jasoos deliver same great storyline as Barfi? 

Nope. 

& that's what disappoint me the most. 

I just watch this movie without involving my brain. Layan je lah dari awal sampai habis. Syukurlah Anurag letak lagu best2 so movie ni boleh letak dalam kategori - entertaining. On average. Thanks Arijit Singh for your beautiful voice. Haruslah lagu Ullu Ka Patta & Galti Hai Mistake tu best. Wajib ada dalam playlist. 

Image result for jagga jasoos

First half memang cantik dengan kisah kehidupan Jagga waktu kanak-kanak macam mana dia boleh berjumpa dengan ayah angkat dia, Tutifuti Badal Bagchi yang sebenarnya seorang ejen perisik India but then bila masuk second half bila Shruti (Katrina Kaif) tolong Jagga cari ayah dia, dah mula dah berkerut sebab logik memang tak wujud dalam movie ni. 

Loopholes memang banyak, I just tutup mata & imagine I tengok movie keluaran production Disney so this movie untuk tontonan umum especially kanak-kanak. Takpelah I just enjoy the breathtaking view of Cape Town, Afrika & India je lah. Tapi ada part VFX tu gagal jugak tapi just ignore lah even SLB pun gagal lagi part ni. Oh, scene Tutifuti tinggalkan Jagga dekat rumah anak yatim tu I cried okay, sebab tempat yang sama dengan Barfi & kesedihan yang sama jugak. Oh yes, team JJ ni shooting dekat kampung yang sama jugak dengan Barfi! that's why I said Anurag Basu nak ulang balik kejayaan Barfi! dulu tapi tu lah, dia gagal. 

Ada lagi scene yang lebih kurang sama di tempat yang sama dalam movie Barfi!

Image result for jagga jasoos barfi

Image result for jagga jasoos barfi

Image result for jagga jasoos barfi

Image result for jagga jasoos barfi

Another thing yang I love in this movie is RanKat's chemistry, even dah breakup pun boleh nampak cantik je onscreen macam dalam Ajab Prem Ki Ghazab Kahani. Oh yeah, movie ni ada jugak elemen komikal macam dalam movie tu. But that's okay, I'm okay. Cuma tak okay sangat bila screentime sampai 2 jam 42 minit sebab movie ni boleh lagi pendek dari tu & some of unnecessary scenes yang buat mengah. 

Image result for jagga jasoos

Lagi menyampah bila tengok ending. No wonder lah movie ni flop dekat box office. Ranbir just waste his talent like always. Pathetic to watch his career progress turns out to be dull and dusty. Takpe lah, harap Dutt biopic nanti dia menyerlah balik. Still letak harapan sebab dia crush Iolls hihu.

1. Team Production +0.5, 2. Visual, +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 6.5/10

Thursday, 26 October 2017

Kisah Legenda Mitos Padmavati




Bollywood fans especially fans Deepika Padukone mesti tengah tak sabar nak tunggu bulan Disember ni sebab kemunculan movie Padmavati dibawah arahan Sanjay Leela Bhansali yang pernah menghasilkan movie saga Bajirao Mastani, Hum Dil De Chuke Sanam, Black & Devdas. Dalam movie Padmavati ni turut dibintangi Shahid Kapoor & Ranveer Singh.

Sepanjang penggambaran filem Padmavati ni, dah banyak serangan yang berlaku kepada team Padmavati sebabnya penduduk Rajashtan benci dengan jalan cerita movie ni di mana Padmavati bercinta dengan Alauddin Khilji sedangkan dalam mitos sejarah Rajashtan, India, Sultan Alauddin Khilji (Ranveer Singh) datang tawan Chittor sebab terpesona dengan kecantikan Padmavati (Deepika Padukone) & berhasrat untuk dijadikan isteri tapi Padmavati tolak lamaran Khilji sebab Padmavati merupakan isteri kepada Rawal Ratan Singh (Shahid Kapoor). Disebabkan lamaran ditolak Khilji datang secara paksa tapi askar Ratan Singh kalah dan demi menyelamatkan maruah diri, Padmavati & dayang-dayang dia korbankan diri dia dalam api. Disebabkan pengorbanan tu, Padmavati diangkat menjadi hero untuk penduduk Rajashtan terutamanya wanita.

Image result for padmavati
Rawal Ratan Singh

Image result for padmavati
Rani Padmini

Tapi sayangnya, pakar sejarah di India menolak kewujudan Ratu Padmavati ataupun nama sebenarnya Padmini sebab tak ada langsung bukti kewujudan ataupun tinggalan sejarah. Cerita ni berlaku pada tahun 1303 pada zaman pemerintahan Alauddin Khilji, salah seorang pemerintah Islam di India. Kewujudan Padmavati diragui sama jugak dengan kewujudan Ratan Sen. Ada yang kata Ratan Singh tu manusia biasa, budak suruhan yang diangkat menjadi pemerintah, ada yang kata bukan pemerintah sebaliknya adik kepada pemerintah Chittor waktu tu.

Image result for alauddin khilji

Di bangunan tinggalan sejarah ni lah kononnya SAK dikatakan ternampak biasan wajah Padmavati tapi ramai pakar sejarah menolak cerita tu sebabnya senibina bangunan ni dikatakan moden kalau nak dibandingkan dengan senibina era 1303.

Dan yang paling hangat diperdebat, kewujudan Padmavati dalam kehidupan Khilji. Kalau ikutkan catatan sejarah Delhi masa tu, Alauddin Khilji datang tawan Chittor bukan sebab terpesona dengan Padmavati tapi untuk luaskan empayar pemerintahan di India. Sultan Alauddin Khilji ni pemerintah yang power dalam pentadbiran, ekonomi & perang. Askar dia memang kuat tapi masa dia tawan Chittor, dia terpaksa berdepan dengan askar Mongolia menyebabkan ramai askar dia yang mati. Because of that, dia & askar lari berlindung di Siri Fort. Kalau diikutkan cerita perang Khilji ni, memang tak sempat sangat dia nak fokus dengan kecantikan Padmavati sebab busy berperang.

Image result for padmavati

Walaupun dalam mitos sejarah India, Sultan Alauddin Khilji ni digambarkan sebagai raja yang zalim, kejam, gila seks tapi zaman pemerintahan SAK la yang paling bagus dalam era Dinasti Khalji. Cukai tanah, cukai pendapatan, cukai rumah, harga lantai & harga siling, rationing system diperkenalkan oleh dia. Semua ni dilakukan untuk membantu rakyat dia yang miskin dan menambah dana untuk angkatan tentera dia. 

Pada zaman ni, korupsi & rasuah berleluasa sehinggakan diorang rasa tak dapat nak dibendung lagi dah tapi SAK mampu hapuskan dengan wujudkan unit khas membanteras rasuah. Yang terlibat dengan rasuah akan dipancung kepala oleh SAK sendiri. SAK dikatakan menghabiskan masanya 16 sehingga 18 jam sehari dengan bekerja demi negara dan rakyatnya. Penampilan SAK yang digambarkan dalam movie Padmaavat pula nampak grand tapi hakikatnya cuaca di India pada masa tu sangat panas tambahan pula di Rajashtan yang majoritinya kawasan padang pasir. Untuk memudahkan urusan bekerja dan tugas harian, SAK cuma mengenakan tarbus dan kaftan kapas. Mukanya bersih, tak seperti yang digambarkan oleh SLB, berparut dan berjambang. Muka SAK tak bengis macam lanun. Pakar sejarah mengatakan attitude SAK mempunyai pesona seorang pemerintah dan mempunyai gaya kelas atasan dan tidak suka berhibur. Sebarang bentuk hiburan diharamkan pada era pemerintahannya jauh berbeza seperti yang digambarkan dalam movie. Menari sambil mabuk untuk meraikan kemenangan. 

SAK mangkat disebabkan sakit tapi tak pasti pula sakit apa. Pemerintahan dia diserahkan kepada pembantu dia yang paling dipercayai iaitu Malik Kafur tapi tak lama lepastu Malik dibunuh & tampuk pemerintahan diserahkan kepada anak sulung SAK, Mubarak Khan. 

Image result for alauddin khilji
Makam Sultan Alauddin Khilji

Related image

Buat masa ni, cerita tentang Alauddin Khilji je la yang paling kukuh pun. Tak pasti dari mana datangnya Padmavati. Tapi kalau diikutkan kehebatan Alauddin Khilji, kaum India memang berdendam dengan SAK disebabkan cukai yang dikenakan ke atas mereka. Pengikut ajaran Syiah pun sama tinggi dendamnya sebab ramai yang dipancung oleh SAK since SAK berpegang teguh dengan ajaran ASWJ. Disebabkan hal ni, Syiah menyebarkan fitnah yang Khilji ni gay dan merogol keluarga sendiri. Besar kemungkinan cerita Padmavati tu ditulis untuk memburukkan imej Khilji sebab pakar sejarah pun tak jumpa bukti kewujudan Padmavati. 

Anyway, movie SLB ni terkenal dengan keindahan set dia walaupun storyline macam mintak penampar. Yang belum tengok trailer movie Padmavati, boleh tengok dekat sini, mana tahu impressed dengan VFX movie ni :)


Movie Review : Tombiruo Penunggu Rimba

First of all, Zul Arifin.


Okay saja je ikut trend pffttt. Okay, here goes my review.

Related image

Pengarah : Seth Larney & Nasir Jani
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Dynas, M.Nasir, Marlia Musa, Faye Kusairi
Novel Adaptasi : Tombiruo karya Ramlee Awang Murshid
IMDB : 8.3/10
Trailer :


I'm not sure dari bila muncul hype on Tombiruo movie. Masa tu pun ternampak je PC untuk movie Tombiruo ni dekat youtube, team production kenalkan semua cast & of course I'm shocked tengok julripin dah kurus sangat. Masa tu mood tak sampai lagi, tengah in doubt lagi mampu ke diorang ni buat movie based on novel sebab mostly ramai yang gagal. Nak pulak movie fiksyen macamni. Tapi lepas tengok trailer terus berkobar rasa nak tengok dekat cinema. Why cinema? Sebab audio system diorang power lah hihu.

I'm not familiar with Seth Larney tapi dia pemenang award untuk Best Direction tahun 2015 so tu antara faktornya kenapa korang wajib tengok movie ni. Seth pernah join team production X-Men untuk bahagian visual effects so yeah kalau korang fascinating dengan sinematografi & VFX Tombiruo, this is the answer. Seth's magic everyone! 

Yang bestnya dalam movie Tombiruo ni ialah sinematografi dia, TOP-NOTCH! Susah tau nak jumpa movie local yang power bab ni. Geram tengok establish shot untuk rumah Ejim (Zul Ariffin)  & Pondolou (Faizal Hussein). Gunung Kinabalu looks so breathtaking up there! Tapi bila banyak kali keluar pun rasa ermmm dekat area tu ada jugak tempat lain yang cantik and where the hell is Bunga Rafflesia? Seketul pun tak nampak. Slo-mo pun cantik dalam movie ni & sampai sekarang ni still lagi teringat-ingat scene Wong tembak cylinder gas & peluru kena Tombiruo tu. Cantiknya ya tuhannnn, macam tengok movie Hollywood! Cuma slo-mo bila banyak sangat dia jadi mengah. Nak pulak slo-mo banyak dekat scene peluru. Maybe Seth nak ulang kejayaan movie The Matrix kot dalam Tombiruo. 

Image result for tombiruo

Storyline dia tak sarat mana pun, biasa je tapi yang buat kena gam dekat seat tu sebab visual dia cantik sangat. I’m in awe! I’m not sure lah kalau yang dah baca novel tu puas hati dengan movie Tombiruo ni ke tak sebab I belum baca lagi tapi tengok dekat socmed ramai yang puji movie ni memang tak lari jauh dengan novel. Lagipun penerbit movie ni R.A.M sendiri kot, takkan lah dia nak biar karya dia lari kan. Kena faham lah satu novel bila masuk jadi movie dia kena guna durasi masa tu betul-betul. Plot twist dia pun boleh tahan jugak lah tapi tak power macam dalam novel.

Starting movie ni pun dah buat meremang bulu roma bila tengok scene Monsirou selamatkan Tombiruo dari dibunuh dengan ayah dia. & scene Ejim bergaduh dengan Amiruddin tu bila Monsirou panggil semangat Tobugi tu wei creepy! Rasa macam real sangat. Farah Ahmad, you did justice for that role! You go girlllll!

Image result for tombiruo

Bab acting chops, need I elaborate more since they got a super fantastic casting. I’m a fan of Zul Ariffin & Farid Kamil for action genre movies. Semua I tengok & semua I suka sebab both of them memang work hard on their role & buat stunt sendiri. Action scene memang wowww. Ada la part yang amboi jauh betul melayang, sound effect dia pun amboi kau tapi I okay je.  Zul patut menang award untuk Tombiruo sebab tanpa dedahkan muka pun dia mampu guna bahasa badan untuk reflekskan perasaan dia. Pakai topeng pun dia mampu jadi sweet tau uollssss

Image result for tombiruo review

Cumanya part Datin Marlia dengan Dato’ M.Nasir tu macam awkward sikit. Diorang segan sweet2 depan kamera ke macam mana? Sebab masuk scene Datin dengan Dynas cantik je dia berlakon but it’s a minor glitch lah lagipun tak effect walau sekuman pun gittew. Lagi satu, anak Amiruddin tu kenapa la tak ambik Che Mad je yang berlakon. Watak Atu Zero dalam ni suam kuku je, dia buat lawak pun biasa je. Tak payah ada pun takpe.

Masa first half movie ni ingatkan watak jahat tu Baizura (Dynas) sebab awal lagi dia dah bagi statement kejam dekat Wan Suraya (Nabila Huda) pasal company ayah dia dengan projek Anak Bumi. Tapi rupanya dia kambing hitam je. I'm not sure diorang guna shot apa masa Baizura balik rumah tu whether close-up ataupun medium shot sebab Dynas nampak besar sangat terkejut ittew tengok dia tapi masa dia sembang pasal plan dengan Wong tu okay je kurus macam biasa je. 

Big applause for every character yang mampu speaking dalam Bahasa Kadazandusun because sedap je didengar, tak rasa macam kaku or kekok pun cuma Pondolou lah I wonder sikit dia bangsa apa sebab loghat Sabah dia pun tak pekat tapi gaya bahasa dia baku kemain, nasib lah screentime dia kejap je.

Image result for tombiruo

For those yang belum tengok lagi, go watch it guys sebab movie macam ni memang wajib tonton. 10 tahun akan datang pun movie ni still lagi relevan. Jumlah kutipan sekarang ni baru cecah RM5 juta padahal modal untuk movie ni RM6 juta so please jangan tengok online, jangan tengok cetak rompak but go to the nearest cinema & feel the excitement okay? Harap sequel nanti sama power macam yang ni.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 =  8.5/10

And lagi satu, movie LAKSMANA SUNAN dah CONFIRM!!!!


Tuesday, 24 October 2017

Tampal Gigi Berlubang

Since sekolah menengah dah jarang jumpa doktor gigi. Bukan jarang, memang tak ada pun walaupun gigi dah start rosak. Sebab masa sekolah dulu ada banyak bad experience dengan dentist so berus gigi pastu kumur dengan listerine je. Kalau rajin pun floss lah tu pun setahun sekali. Lepas tengok kajian kata floss tu tak membantu pun, terus stop. 

Sabtu lepas dah teruk sangat sakit gigi baru menapak ke klinik. Itupun lepas baca banyak pengalaman diorang dekat blog & baca review klinik tu. Ingatkan nak tunggu gaji sebab nak buat rawatan akar terus. Tengok gaya gigi macam dah teruk sangat. Tapi doktor lepas check dia buat tampalan biasa je. Tampal biasa RM80. Kalau rawatan akar, RM400.

Boleh je nak jimat duit pergi klinik kerajaan keluar singgit dua je tapi tak ada masa nak menunggu tu. Nak meredah jam satu hal. Kalau ada rawatan susulan malasnya lah nak menapak jauh. Nak tunggu lagi. Nak ambil cuti lagi padahal tengah banyak kerja. That's why ambil keputusan pergi je lah klinik swasta yang dekat dengan area rumah.

Nasib klinik swasta buka sampai 9 malam so tak ada masalah lah pergi lepas kerja. Nak tunggu turn pun tak lama. Bila masuk jumpa doktor, cuak jugak lah tengok segala equipment dia. Tangan dah sejuk dah. Bila doktor check, lepastu dia buat tampalan, okay je pun. Tak sakit pun sepanjang dia buat tu sebab dia buat lembut je. Adik pun cakap doktor lelaki buat okay je, lembut je. I don't even know where she got that experience because both of us never visited any dentist before. Maybe nak sedapkan hati je kot supaya cepat balik. Hihu.

Image result for dentistry equipment

Walaupun doktor yang buat rawatan tu doktor lelaki tapi dia punya membebel kalah mak2 uolls. Dia suruh datang balik buat scalling & pollishing sebab ada gigi yang dah berkerak dengan karang gigi. Lepasni memang kena buat lah setahun 2 kali, taknak dah kena gigi berlubang ataupun gusi bengkak or anything libatkan gigi sebab dia punya sakit tu effect tekak, telinga, mata & kepala. Nak buat kerja pun dah tak mampu. Makan tak boleh, tidur pun tak boleh. 

Lepas dah tampal gigi tu okay lah kejap tapi malam tu sakit balik. Lepas 3 hari tahan sakit, semalam makin teruk sampai nak telan air pun tak boleh so menapak balik ke klinik haritu untuk cabut gigi. I dah give up nak simpan gigi ni. Biarlah apa nak jadi pun dah malas nak ambik port dah. Buang je senang. Tapi doktor nak buat rawatan akar lepas seminggu nanti. 

Sementara tunggu tempoh seminggu tu bergantung dengan painkiller & antibiotik lah. Tapi stok painkiller dia habis so dia bagi sepapan je padahal seminggu kot. Dah lah makan 2 tablet 3x sehari. Memang tak cukup lah cerita dia. I seriously have bad experience with this dental. Next time nak pergi klinik lain buat scalling tu. Cepatlah 1hb :(



p/s : Sorry dah tak aktif sangat blogwalking semua sampai dah berkurang followers. Bulan ni memang #TragediOktober starting from day 1 T.T

Friday, 20 October 2017

River View Seafood

Tengah belek gallery ternampak pulak gambar makanan dekat salah satu restoran seafood terbaik di Kuala Selangor. Alkisahnya saja bawak satu family makan seafood sebab diorang tak pernah merasa lagi makan seafood dekat kedai. Plus, nak celebrate dengan family sebab baru naik pangkat. Gigih la Google kedai seafood yang sedap dekat Kuala Selangor. Nak pergi belah Perak sana macam jauh sangat lagipun jalan sunyi sikit compared ke KS. 

Image result for river view seafood restaurant kuala selangor, selangor, malaysia























Dah Google, jumpa la dengan Restoran River View Seafood ni. Baca rating & reviews pun semua bagus belaka. Petang tu gerak pergi ke Pasir Penambang, Kuala Selangor. Agak confusing actually nak cari restoran ni sebab dia terletak di kawasan perumahan and yes, parking tersangatlah limited. So kena park jauh sikit lah dari restoran tu.

Dah sampai sini, memang full ramai orang nak pulak pergi masa weekend, sampai kena open table baru. Dah dapat meja, dah siap order, lama jugak la kena tunggu. Nasib lah pergi masa perut tak lapar sangat. Dalam sejam jugak lah tunggu. Sementara tunggu tu kitorang jalan-jalan dekat area jeti.

Tapi dah nak senja masa ni so nak bergambar pun gelap je lah. Tapi masa sunset tu ramai betul yang ambil gambar sebab lawa. Kita tangan tak berseni, ambik ala kadar je lah hihu. Dekat jeti ni bot ke sebelah sana memang aktif tapi tak tahu pulak harga sekali trip berapa. Sebelah sana tu diorang pergi nak tengok kelip-kelip tapi katanya dah tak banyak sangat. Kalau dulu makan dekat restoran ni pun dah nampak kelip-kelip datang terbang. Tapi sekarang seekor pun yillek. Dah nak pupus kan. :(




Menu dekat sini tak ada set so kitorang order yang biasa makan je. Malas nak order ketam sebab takut lama kena tunggu sebab semua table pun order ketam. Order yang biasa ni pun menangis tunggu. 

Lagi satu hal, dalam menu tak ada harga so kitorang main petik je. Disebabkan ni throwback post & resit dia pun dia main kira tangan je, so jangan tanya each menu berapa harganya. Yang penting total semua 200 hengget je lah. 


Yam Cake
Kalau datang sini wajib ambil yam cake dia sebab sedap sangat. Berebut makan sampai habis. Every yam cake in seafood restaurant berbeza diorang punya inti dekat dalam. Macam yang ni salad buah so manis, masam buah tu memang kena sangat. Masuk dalam mulut bagi kebahagiaan baq hanggg. 

Siakap 3 Rasa

Deep Fried Prawn































Sayur tu tak ingat lah sawi ke baby kailan & lagi satu menu, egg salted squid. Actually deep fried prawn tu tak best sangat. Rasanya sedap lagi butter prawn sebab ramai yang puji sedap. Next time nak datang sini lagi nak try ketam dengan menu lain pulak. 

Restoran ni even the best and banyak review bagus2 tapi harga dia affordable lah. Tak mahal sangat & berbaloi dengan menu dia yang sedap. Fresh pun fresh sebab tepi laut, memang terus angkat masuk kuali punya. 

Makan atas air pulak, memang best kena angin laut sambil tengok sunset. Nak bergegas solat lepas makan pun tak jadi masalah sebab area situ bersepah surau & masjid. Tapi kalau taknak tunggu lama, better pre order dulu, call 03-32692238. Nanti sampai boleh terus makan je. Payment method dekat sini cash & credit card je. For credit card dari RM150 ke atas je tau. Kalau buntu nak makan seafood dekat mana, boleh try sini :)

Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

Klik banner untuk join ye :)

Thursday, 19 October 2017

Cuti-Cuti Malaysia Di Kuala Lumpur

Tak sangka 2017 dah nak sampai ke penghujung dalam masa beberapa bulan je lagi. Hujung tahun macam ni selalunya ramai yang akan cari destinasi pelancongan tak kurang juga dengan destinasi percutian romantik untuk pasangan pengantin baru since hujung tahun sinonim dengan kenduri kahwin, musim nasi minyak. 

Siapa je pernah terfikir nak bercuti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ataupun lebih dikenali dengan KL, salah satu bandar metro yang pesat membangun di Malaysia dan juga Asia Tenggara kerana kepadatan penduduknya dan juga ekonominya. Bukan saja Kuala Lumpur dikenali dengan bandaraya ibu kota yang pesat tapi keunikan sejarahnya juga sarat di sini. KL terkenal dengan pusat kewangan dan ekonomi Malaysia, tak dilupakan juga merupakan pusat budaya dan juga tapak keagamaan di negara ni. 

KL pun dari dulu lagi memang salah satu pusat pelancongan terkenal Malaysia. Kuala Lumpur adalah bandar paling pesat keenam di dunia, dengan bilangan 8.9 juta pelancong setiap tahun. Walaupun dah 2017, jangan terkejut kalau team Bollywood ataupun produksi dari negara lain masih pilih Kuala Lumpur sebagai salah satu tempat menarik untuk lokasi penggambaran. Dekat mana? KLCC, Dataran Merdeka, Pavillion etc. 

Image result for pavilion malaysia

Walaupun ramai yang reject Kuala Lumpur sebagai destinasi percutian domestik sebab kos yang mahal tapi banyak jugak tempat percuma yang korang boleh lawat dekat sini. Antaranya Taman Eco Rimba KL, Taman Orkid, Taman Botani Negara, Muzium Diraja Polis, Muzium Tekstil Negara, Muzium Bank Negara, Dataran Merdeka dan banyak lagi. Nampak macam hambar ataupun cliche tapi semua tempat ni bila masuk boleh tahan lama jugak nak lepak kat dalam sana. Well, I did. 

Nak pulak sekarang ni ramai yang kaki Instagram, untuk dapatkan landskap cantik & menarik, Kuala Lumpur bukan satu pilihan yang asing. Belum sembang bila masuk festive season, decoration dekat KL memang menjadi tarikan. Di shopping mall ataupun di jalanraya, you guys boleh bergambar di mana tempat yang korang suka.  


Image result for eco rimba kl

Yang bestnya bila bercuti di Kuala Lumpur, you guys tak perlu risau pasal public transport sebab korang boleh pilih je nak naik kenderaan apa. Sekarang pula dah ada perkhidmatan Uber & Grabcar yang memudahkan penduduk kotaraya & juga kepada pelancong. Tak sampai 5 minit pun untuk tempahan melalui applikasi. Taknak stuck di jalanraya, korang boleh try naik pengangkutan awam yang baru je siap dibina tahun ni iaitu MRT kalau dah bosan dengan KTM, LRT ataupun monorel. Lagi cepat, lagi selesa. Yang terbaru, perkhidmatan basikal sewa dari oBike macam dekat Jepun sana antara inisiatif untuk mengurangkan pencemaran di KL. Sambil bercuti, sambil bersukan sambil tunjuk rasa sayang kepada alam sekitar.. 

Image result for obike kl

Nak makan pun tak susah sebab banyak kafe dan restoran tak kurang juga dengan kemunculan foodtruck yang semakin banyak menggantikan warung tepi jalan di ibu kota ni. Bab makanan halal, perlu lagi ke nak runsing? Restoran 24jam pun banyak dekat KL ni, belum sembang pasal uptown yang terkenal dengan suasana meriah ibu kota. :)

Sembang pasal hotel tempat penginapan, dekat KL semestinya penuh dengan hotel penginapan dan motel bajet tapi kenapa pilih tempat penginapan ala kadar bila korang boleh pilih yang terbaik? You guys boleh usha Corus Hotel, KL yang terletak di Segitiga Emas gabungan Jalan P.Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan juga Jalan Ampang. Lokasinya di tengah ibu kota memang cun habis sebab korang dah tak payah sakit kepala untuk rancang perjalanan dari hotel ke tempat lain! 


Related image

Walaupun berada di tengah kota yang pesat, Corus Hotel memang mengutamakan keselamatan para pelanggan so you guys tak perlu risau dengan safety dekat sini. Bila check in dekat sini, automatic boleh bertukar kepada mode bercuti & serahkan semua kerisauan tu dekat staf Corus Hotel je. Not to mention, makanan dekat hotel ni pun sedap & murah. Yang mana dah bosan dengan masakan Melayu, boleh try makanan Jepun ataupun Western dan juga aneka makanan yang lain. 


Image result for corus hotel kuala lumpur

Related image

Image result for corus hotel kuala lumpur

Lepas penat berjalan, boleh relakskan diri korang di Danai Spa ataupun beriadah di kolam renang yang disediakan. Bilik yang cantik dan selesa ditambah dengan pemandangan ibu kota terutamanya KLCC antara salah satu sebab kenapa Corus Hotel menjadi pilihan ramai. Tak kurang juga dengan service dari staf semuanya friendly & very much helpful. Bila bercuti di hotel terbaik, haruslah service pun terbaik.

Related image

Image result for danai spa corus hotel kuala lumpur

Nak merasa pengalaman di Corus Hotel ni korang tak perlu risau dan tunggu lama untuk menabung sebab sekarang Corus Hotel bergabung dengan Traveloka berusaha berikan yang terbaik untuk percutian korang semua. Caranya mudah, korang hanya perlu book Corus Hotel Kuala Lumpur Di Traveloka   untuk tawaran promosi yang hebat. Nak book macam mana? Sign up je dekat website ataupun apps Traveloka untuk promosi & tawaran terbaru dari team Traveloka. Mudah kan? Apa lagi? Jom bercuti dengan Traveloka! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...