Movie Review : Hijabsta Ballet

Friday 8 September 2017

Jarang nak tengok movie Melayu ada kelainan & berani sentuh isu sensitif but Hijabsta Ballet did it. Nak pulak bila movie ni diinspirasikan dari kisah penari ballet Australia, Stephanie Kurlow berusia 15 tahun.

Image result for hijabista ballet berdasarkan kisah benar

Pengarah : Syed Zulkifli
Pelakon : Puteh Maimun Zahrah, Betty Benafe, 
Rating : 3.5/10
Trailer : 


Penceritaan movie ni simple je, Adele seorang penari ballet dapat hidayah untuk tutup aurat dia lepas kematian kawan baik dia Betrisya dalam kemalangan tapi dilema dengan bakat & passion dia dalam tarian ballet. Dia nak jadi penari ballet yang menutup aurat which is impossible sebab dua dunia ni berbeza. So movie ni ceritakan kisah perjuangan dia untuk menari ballet dengan hijab. 

Movie ni dah ada base cantik tau tapi dia macam hilang connection and tambah confusion. Dia nak tunjuk perjuangan Adele tu tapi logik tu berterabur lepastu dia jadi hambar lepastu mehhhh apa benda dia nak ni. Lagi merepek bila kau dah habiskan 1 jam 20 minit lepastu dekat hujung movie dia letak karangan pendek cerita balik benda yang orang dah tengok. What's the point?

Dah happy tau tengok director main dengan emotions, all that rage dari family Adele, kawan-kawan yang terkejut dengan perubahan dia, passion and determination Adele untuk teruskan ballet tapi hancur dengan second half movie ni bilamana dia tunjuk solution Adele untuk dilema dia. Whyyyyy?

Scene Farah, pengarang majalah tu lagi lah rasa nak lempang. Farah jumpa Adele buat interview lepastu publish artikel pasal ballerina berhijab dekat magazine. Lepas dah publish, ramai yang baca lepastu editor dia mengamuk sebab editor dia ni ekstremis. Pada pandangan dia Adele ni persendakan agama. Bukan sepatutnya sebelum kau nak publish artikel kau kena hantar dekat editor dulu ke? Mehhhhh


Part Adele give up tu pun I feel hambar je tau sebab dia kena belasah dengan geng ekstremis sampai patah riuk si Deni, kawan ballet dia tapi dia tetap dengan azam dia nak jadi penari ballet berhijab. I really admire that tapi bila pergi Australia dia kena label terrorist dengan omputeh sampai kena tarik hijab terus dia give up. Entah apa correlation dengan dillema dia. Bukannya Adele tu terrorist pun sampai dia nak terkesan lepastu teringat kata-kata Betrisya pasal ballet & hijab tak boleh bersatu. I can't relate. 


Bila dia give up nak menari ballet and nak jadi muslimah yang baik tu lagi lah pening. Dia dah habis give up lah tu dengan ballet hijabsta & nak jadi muslimah sejati padahal dia sendiri kata hidup dia kosong tanpa ballet. Director takde tunjuk pun Adele nak buat apa kalau berhenti ballet. Dia habis kat situ je lepastu 3 bulan kemudian dia buat performance solo. Like apakahhhh? Kau kata nak berhenti tapi kau buat performance solo. Performance solo tu kena training hari-hari tapi kau berhenti 3 bulan. 

Kalau tengok dari awal movie, gigih tau Farah, mentor ballet Adele nak Adele menari under company dia sebab dia kata Adele ni penari berbakat besar, ada sentuhan luar biasa tapi dalam movie ni even pelakon utama dia seorang penari ballet, all you can watch is a basic ballet. Tak ada wow pun. Hambar. 

Part mentor dia kata tarian ballet ni tak boleh dilindung dengan hijab sebab kekuatan ballet ada pada setiap lenggok tubuh badan tapi awal-awal scene lagi dah nampak satu team ballet pakai baju sopan menari ballet. So, what's the issue?


I hate unnecessary scene yang tambah confusion macam scene ibu Adele, Diana (Betty Benafe) touching bila Adele tak peluk dia sebelum pergi Australia. Tak faham kenapa Adele nak marah ibu dia. Scene nenek dalam train tu senyum bila dengar Adele sebut Alhamdulillah tapi sebelum tu dia menggeleng tengok Adele padahal tak ada isu pun kat situ. Scene Deni menangis beria bila Adele pergi Australia macam Adele nak putus kawan padahal ada je Facebook nak contact. Dah la tu pergi on short term period je kot. Kau dah kenapa emosi?

Part Adele pakaikan hijab dekat protege omputeh dia, Idk the significance of that scene sebab lepastu shawl tu jadi scarf je. Motif???? Dah la buang masa tengok dia menari dekat taman ulang benda sama. Faham tak perasaan bila tengok movie pasal kehidupan penari ballet tapi dapat tengok ballet cincai je? 

Visual movie ni dah cantik dah even with the soundtrack memang kena dengan movie tapi sayang lah storyline hancur, editing pun teruk. But I love Betty Benafe's acting. Serious in love dengan dia ni. Dah lama tak berlakon bila buat comeback je fuhh power! I think her peresence yang selamatkan movie ni dari hambar teruk. The expressions & emotions dia delivered memang cun! Love it. 


Movie ni nak go global lepas tayang dekat Malaysia but I don't think lah this movie can go far enough sebab banyak benda lagi wei nak kena improve. Cringe jugak dengan dialogue dia. Asal boleh punya tahap je. Tapi tak tahu lah kalau movie ni terpijak lombong emas & dapat pujian. Kalau nak tengok santai habiskan masa boleh lah ambik movie ni. 

3 comments

  1. Siqah semangat jugak nanye nak tengok filem ni. asyik lupa nak subscribe kat astro. Tapi lepas baca review Farhana, rasa tak semangat lak nak beli.. hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau nak tengok, baik pergi tengok online je lah. Jimat duit hahaha

    ReplyDelete
  3. Conform tak tengok.. Tak berape suka tengok filem yang tangkap muat je.. Thanks for review..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.