Thursday, 21 September 2017

Movie Review : The Book Of Henry

I swear I watched this movie because of Jaeden! Siapa yang dah tengok movie IT, kenal lah siapa Jaeden ni. Tak puas okay tengok dia dalam IT, so sambung dekat sini pulak.

Image result for the book of henry poster

Director : Colin Trevorrow
Cast : Naomi Watts, Jaeden Lieberher, Jacob Tremblay, Madie Ziegler, Dean Norris
Rating : 4/10
Trailer : 

Movie The Book Of Henry mengisahkan tentang kehidupan Henry (Jaeden), ibu dia (Naomi Watts) & adiknya Peter (Jacob). Since his mom ibu tunggal & macam tak pandai urus kehidupan walaupun dah berkedut sana-sini, Henry yang in-charge sebagai ketua keluarga because he's genius & a stock market trader. 

Image result for the book of henry

Henry crush dekat budak rumah sebelah, Christina (Maddie Ziegler) tapi tak tahu lah dia crush ataupun dia rasa kesian dekat Christina sebab selalu kena rogol dengan bapak tiri dia, Glenn Sicklemen & the worst, Glenn ni seorang polis. So cable dia kuat. Even Henry buat aduan pun tak guna jugak sebab pegawai tinggi Child Care Protection pun abang kepada Glenn. T.T

Image result for the book of henry

Movie ni tak lah berat mana pun storyline tu cuma rasa nak penampar ibu Henry ni. I mean, wei dah berkedut sana sini pun tak mampu nak jaga family & gave all the authority dekat Henry. Really? Ain't you're supposed to give great examples ke? Tahu dia janda tapi dah boleh kembali waras kot sebab Henry dah take over semua benda. Tak faham kenapa dia kena pergi kerja sedangkan Henry dah kutip profit bersepah dari segala stock trading. Balik kerja, main game. T.T


I'm actually confused apa mesej movie ni sebab Henry memang senang triggered kalau tengok perempuan kena abused. Nak kata mak dia kena physical abused dengan ayah dia, tak pasti lah pulak sebab tak ada langsung mentioned dalam movie ni. Mak dia pun macam tak kisah pun tengok orang kena abused. Henry nak tolong perempuan dekat supermarket sebab kena abused dengan pakwe dia pun, mak dia ajak balik rumah sebab tu urusan orang. Tak payah sibuk2.

But I love Henry's word, 

It's not violence that worst in this life. It's apathy. 

First half movie ni memang best tengok sebab Henry dengan Peter punya bonding tu awwww sangat. Bila tak puas tengok Bill & Georgie dalam movie IT, sambung tengok dua beradik ni memang bahagia lah cerita dia. Jaeden ni memang kena bawak watak abang yang caring sangat dengan adik. Tapi dalam movie ni lagi puas tengok sebab dia ketua keluarga kan so yeah Peter rely so much on him. Second half movie ni get ready lah dengan tisu sebab emotional scene dia bersepah. Nak pulak bila scene Peter murung dengan tragedi kehidupan diorang.  


Kalau first half, rasa nak penampar mak dia, second half rasa nak penampar director sebab seriously nak buat movie bunuh polis sebab selalu rogol anak perempuan dia? Memang plan genius Henry tu cantik dah tapi what happen after that? Dia polis, of course lah orang akan cepat je cari. Memang nak buang mayat dekat sungai tapi apa kejadah mayat dia yang gedempol tu nak mengalir sekali dengan air yang cetek tahap buku lali pun tak lepas? Absurd!

Related image

Pengetua sekolah tu lagi lah entah apa-apa entah. Masa Henry pergi mengamuk dekat dia sebab tak ambil tindakan dekat Glenn dia buat muka ketat tak ambik port langsung tapi bila tengok tarian ballet Christina, tiba-tiba faham lepastu call polis. Apakah? Orang lain tak faham pun tarian ballet dia sembang pasal apa. Orang lain tepuk tangan je, takde yang sebak macam pengetua tu pun. 

Tak, pengetua tu bukan penari ballet. Tengok badan pun dah tahu. 

But all in all, I really love Jaeden's acting. Superb dari awal sampai habis. Jacob pun. Wei, actually casting dia semua bagus okay tapi team production dia yang entah mende lah buat movie kasi siap cincai je. Sayang lah movie ni lebur cenggitu. Tapi kalau nak tengok secara santai, boleh je layan. Tapi tu lah, sediakan tisu lah. Ke hati Iolls yang tisu? Pfffttt.

1. Team Production 0, 2. Visual 0.5, 3. Audio 0.5, 4. Storyline 0, 5. Casting 1, 6. Genre 0, 7. Themes 0.5, 8. Editing 0.5, 9. Social Message 0.5, 10. Personal Thought 0.5

1 comment:

  1. kdg2.. crita omputeh ni best.. cikyan slalu prefer cite omputeh dr melayu.. best..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...