Movie Review : Badrinath Ki Dulhania

Tuesday 26 September 2017


Director : Shashank Kaitan
Writer : Shashank Khaitan
Cast : Alia Bhatt, Varun Dhawan, Sahil Vaid, Aparshakti, Shweta Basu, Gauhar Khan
Genre : Romantic / Comedy
Production Company :  Dharma Productions
Distributor : Fox Star Studios
Duration :139 minutes
Release Date : 10 March 2017
Trailer :


I have no high expectation at all for this movie during the announcement was made because the first installment, Humpty Sharma Ki Dulhania is such a cliche rom-com movie. So I expected the same with BKD but its nottttttttt!


Dekat India sana bila kahwin, perempuan yang kena bagi wang hantaran so family yang ada anak perempuan memang stress sangat because for them anak perempuan tu liability meanwhile anak lelaki pula asset kepada diorang walaupun anak lelaki tu bodoh dalam pelajaran, tak bekerja gah sangat. And that's what happened to Badrinath Bansal (Varun Dhawan) & Vaidehi Trivedi ( Alia Bhatt)


Vaidehi taknak berkahwin lepas belajar sebab culture dekat sana lepas habis belajar je parents dah get ready duit untuk kahwinkan anak perempuan diorang melalui ajen cari jodoh. Sick with this culture, Vaidehi berazam nak jadi stewardess so she could help her parents hidup senang dengan duit gaji dia instead of suruh dia dan kakak dia, Kritika (Sukhmani Lamba) kahwin. Tapi cita-cita Vaidehi terhalang bila Badri datang jumpa family dia hantar pinangan. Parents dia memang taknak tolak pinangan Badri sebab Badri anak orang kaya dan terkenal di bandar tu. 

Related image

So Vaidehi is in torn lah nak pilih cita-cita ataupun harapan parents dia sebab dia dah pernah kecewakan ayah dia (Swanand Kirkire). Sebelum ni bekas kekasih Vaidehi tipu dan lari dengan duit simpanan ayah dia. Disebabkan kes tu, ayah Vaidehi dapat sakit jantung. Sana-sini usung gas cylinder untuk oksigen. Tapi dia taknak juga hidup dan masa depan jadi macam perempuan lain. Duduk di rumah jadi suri rumah jaga anak sepenuh masa sebab Vaidehi nak balas jasa parents dia dan ubah taraf kehidupan keluarga.

Image result for badrinath ki dulhania

So yes, movie ni memang sarat dengan social message mengenai stigma kehidupan masyarakat India yang menganggap wanita tu suatu beban dalam kehidupan. Macam mana dari kecil lagi perempuan dibezakan layanan dengan lelaki. And even sanggup gunakan kekerasan to the extent of killing since ayah Badri sakit hati bila Vaidehi lari dari majlis perkahwinan dia dengan Badri. Ayah Badri berdendam dengan keluarga Vaidehi sampai malukan depan semua orang di bandar tu. So its not easy to be a women and this movie have done justice for these social problem which amazed me the most.


Movie ni tak lah berat walaupun sarat dengan social message, it just a typical rom-com tapi dengan kualiti, you get what I mean? Entertaining, comical, romantic and dramatic. Storyline memang cliche sebab dah boleh tahu flow and ending macam mana, I can't deny that part but it is likeable and totaly lovable and of course the editing work well. Just perfect.

                                   

Kalau sembang bab Alia and Varun, rasanya diorang ni perfect jodi onscreen. Chemistry diorang tu memang ngam since dari Student Of The Year membawak ke Humpty Sharma Ki Dulhania & now, BKD. Dah la sama cantik, sama padan, sama comel. Macam tengok SRK-Kajol, macam tu la lebih kurang.


Dalam movie ni baru la tahu dekat India sana ada Seven Wonders Park di Kota, Rajashtan so tak payah pusing-pusing satu dunia nak tengok Seven Wonders, pergi dekat Kota dah boleh tengok semua dah. Visual effects dengan shot angle memang top notch sebab under Dharma production house. Bab cinematography and scenery memang tip-top lah hasil buah tangan Neha Parti Matiyani. Cantik sangat bandar Rajashtan especially dekat Kishore Sagar Lake & Singapore.

Badrinath Ki Dulhania' Movie Review: Above Average Bollywood ...

The soundtrack is totally great! Memang fall in love sangat dengan lagu Humsafar. Lirik dia Akhil karang berbunga teruk, bila keluar untuk scene romantic rasa blew away awww sangat. Lagu Aashiq Surrender Hua, Badrinath Ki Dulhania, Tamma Tamma Again dengan Roke Na Ruke Naina pun best. Senang cerita, semua lagu dia lah best. Memang great job dari team Aamal Malik. 


Yang bestnya movie ni takde bed scene macam movie new gen Dharma Production sebelum ni. Wardrobe pun semua sopan je, cantik pulak tu wardrobe collection Alia dalam movie ni. Geram je tengok. So you guys don't have to worry sebab satu family boleh tengok movie ni! I already watch this movie for 3 times already which is not normal which is great so kalau korang nak layan movie jiwang dengan lagu best & casting cun melecun, movie ni lah jawapannya. ;)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1,  7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

4 comments

  1. amboi, 3 kali layan citer ni. mmg kena tengok laaa. haha. btw, mana nak download ni??

    ReplyDelete
  2. wahh ai mmg peminat tegar citer industann kene masuk list nihh..
    follow sini #161
    jenjalan n follow back :D

    ReplyDelete
  3. Minat hindustan juga! Tapi dah jarang tengok sebab kebanyakan pakaian dia, ya rabbi. sakit mata tengok and jalan cerita pun kurang utk cerita hindustan nowdas tapi yang ni storyline macam menarik. Nak tengok lah btw, blogwakling and follow sini. Salam kenal :)

    ReplyDelete
  4. tak penah tgk lg.. mcm best.. kdg2.. cikyan layan jugak hindustan ni.. drama leleh air mata kan.. syok jugak duduk sorg2 dlm bilik.. hahahaa

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.