Pekerja Bangladesh Mangsa Human Trafficking

Thursday 17 August 2017

Ever wonder how bad Bangladesh as a country? Kenapa makin ramai yang datang sini? Kenapa tak kerja dekat negara sendiri? Kalau imigran, apa yang mendorong berbondong datang ke sini? Jumlah yang datang berjuta sedangkan ekonomi Bangladesh tak la seteruk Pakistan, India ataupun Nepal. 

Klik gambar untuk tengok carta penuh

Bila ada journalist yang buat kajian tentang pekerja Bangladesh yang datang ke Malaysia, baru diorang dapat tahu sebenarnya ada sindiket secara haram. Mostly yang datang ke Malaysia sebenarnya nak sambung pengajian. Sindiket ni cerdik on paper, diorang daftar semua student Bangladesh yang datang ke Malaysia tapi sebenarnya diorang hantar students ni pergi ke tapak pembinaan. Untung? Memang banyak sebab students yang datang labur berpuluh ribu ringgit. Ada yang sampai gadai tanah, buat pinjaman bank ataupun loan sharks. 

Based on their research, bau busuk sindiket ni dah sampai ke hidung pihak Menteri Pendidikan, Idris Jusoh & Jabatan Imigresen. Sejak 2016 hingga 2017 kes ni dah berjaya dikurangkan dari 23,000 orang kepada 16,000 dah pulangkan balik ke Bangladesh tapi duit yang dah hangus tu mana nak cari? Lagi sedih bila students ni terpaksa repeat balik dari awal. Ada yang tak dapat repeat, terus kerja tapi mana nak dapat kerja bagus dekat negara diorang sebab qualification tak tinggi. 


Ada yang menetap dekat sini secara haram sebab nak hantar duit balik ke Bangladesh supaya parents dapat bayar balik hutang ataupun teruskan kehidupan. Niat datang nak belajar je tapi sudahnya jadi penjenayah di negara orang. Tu belum lagi ada yang nak hidup tapi kena terima kecaman berbakul dari masyarakat negara kita. It happens. Pernah juga dapat pekerja Bangladesh yang datang guna visa pelajar so I know this illegal thing is happening in our country.

You guys can watch the video HERE & baca kisah diorang. Mostly semuanya hampir sama je ceritanya. Ditipu oleh ejen dengan ayat datang Malaysia dapat pelajaran lagi bagus dari Bangladesh nanti boleh kerja bagus sudahnya kena paksa jadi buruh binaan. 


Lepas dah baca pasal sindiket ni, bila pergi site rasa kesian je dekat pekerja Bangladesh ni sebab mostly kurus kering muka syahdu je. Macam mana diorang hidup dekat kongsi is unthinkable. Tak boleh imagine masa hidup dengan family pakai baju elok, makan terjaga tapi bila datang sini baju yang diorang pakai pun dah lusuh, comot dengan minyak, simen semua. Kita yang duduk jauh dengan family tak dapat balik raya syahdu drama sebabak, diorang nak balik pun tak mampu. 

Harap authorities mampu hapuskan secara total sindiket ni. It is sad to imagine how they live their life. Tak ada manusia nak hidup macam tu. Human trafficking is cruel.

4 comments

  1. huhu serius ada sindiket ni? harap2 cepatlah tumpas. geram dengar.

    http://ainniah.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Kesiannya...ye ke mcm tu Hana?
    Mereka jadi mangsa agen yang tak berperikemanusiaan. Kiranya yg datang tu semua ada brainlah ek. Hajat nak sambung belajar, datang sini jadi buruh kasar. Alahai..

    ReplyDelete
  3. Baru tahu rupanya ada sindiket macam ni kat Bangladesh. Sedih pulak bila baca. :\

    ReplyDelete
  4. Yup.. It happens.. Bukan kata Bangladesh je, banyak lagi sebenarnya.. Tapi selagi ada manusia yang tamakkan duit, ianya akan terus berlaku.. Semoga kita semua sintisa dalam perlindungan Allah..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.