Letak/Tukar Album Cover Mp3

By farhanna jafri - 19:09

Bila ada folder lagu besar gedabak, nak cari lagu yang kita nak dengar pun serabut bila semua sepesen je tak ada album cover macam ni.

Kadang tu ada yang ada album cover tapi ada muka entah siapa entah diorang letak.



Ataupun ada cover tapi ada watermark gedabak cenggini.



So harini nak ajar macam mana nak tukar dari kosong & cover hambar macam kat atas kepada yang ni. 


Okay, let's start

1. Open Windows Media Player

2. Tekan 4 box simbol 'Switch To Library' tu


But first, kalau nak tukar cover album lagu tersebut, jangan play & change at the same time. Kalau tak, dia taknak co-operate with you.



3. Open browser image > search nama lagu & penyanyi > right click > pilih copy image

*advisable untuk ambil cover album 300x300. Kalau saiz kecil dari ni, confirm tak cantik*


4. Then pergi balik dekat Windows Media Player > right click > pilih paste album art



Dah siap! Cepat je dah bertukar macam image yang kita nak. Tapi nampak tak details lagu tu caca marba? So, tekan right click, pilih edit & masukkan info lagu tu. Nama album, nama penyanyi, genre & tahun lagu tu release. 

So, dah siap edit, jadi lah kemas macam ni. Kejap je dah siap dah. 


Untuk yang dalam border tu pun edit jugak lah kalau rajin sebab bahagian tu selalu keluar dekat playlist masa kita play lagu tu nanti. 

Okay dah, tu je tutorial untuk hari ni. Dulu sebelum tahu nak tukar ni, guna service online macam page imgaid.com tapi leceh sebab lambat satu hal, banyak steps kena buat satu hal. Kadang tu dah siap edit, error download pulak. Hmmmm k.

Tapi kalau yang malas nak edit album cover ni, you guys pergi je dekat freemusic untuk lagu omputeh & cherrymusic untuk lagu hindustan. Lagu melayu lah paling sedih sebab susah nak jumpa album cover. T.T

Okay dah, tu je untuk hari ni. Nak pergi blogwalking pulak. Bye guys :)

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Great Tutorial...Will try later

    ReplyDelete
  2. Serius, Siqah tak pernah tahu pun pasal benda nni. Hihi. Redha je tengok lagu serabut. Hii. TQ for sharing :)

    ReplyDelete
  3. Tak sempat nak letak cover... tapi nice tutorial... lupa dah cara nak buat...

    ReplyDelete
  4. Thanks tips, senang lepas ni boleh try buat.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)